Hujan

1.1K 132 4
                                    

Hari kian gelap. Awan bergerak mengurung dan menutupi matahari. Awan gelap mulai menurunkan titis-titis airnya ke tanah.

"Eh nak hujan lah, saya rasa lebih baik kita berteduh terlebih dahulu," cadang Dr. Chrone. Tangan kanan Dr. Chrone sudah memayungi dirinya sejak tadi lagi.

Mereka semua bersetuju dengan cadangan Dr. Chrone. Mereka semua berlari terhegeh-hegeh ke rumah berhampiran. Tak sempat Aqua mengemas barangnya, dia telah ditinggalkan di bangku itu sendirian.

"Cepat lah Aqua!," jerit Pyro dari muka pintu rumah yang berada tidak berapa jauh dari sana.

Selesai begnya dizip, dia mengangkat begnya dan menggalas di belakang badan. Walaupun bajunya sudah basah sedikit disebabkan titisan-titisan air hujan, tetapi dia hanya beriak selamba. Perangai pengguna unsur air lah katakan. Air bukanlah unsur asing baginya.

Aqua sedia untuk berlari ke arah mereka. Dia melayangkan senyuman nipis hendak menunjukkan bahawa dia sedang cuba secepat mungkin mengemas barangnya.

"Ye , aku datang lah ni," laung Aqua menjawab kata Pyro sebentar tadi.

Tiba-tiba, lengannya digenggam oleh satu tangan yang kasar. Berurat dan agak berkedut menandakan usia tuan milik tangan lebih lanjut berbanding Aqua. Aqua terkejut lalu menoleh ke belakang. Askar SOLID. Seorang askar SOLID sedang menggenggam tangannya!

Apa lagi, Aqua menjerit sekuat hati sebagai tindakan refleks. Pyro yang tadinya sudah bergerak masuk ke dalam runah, segera berlari keluar ke muka pintu kembali . Pyro terlihat seorang askar yang agak berusia sedang menggenggam tangan Aqua.

Pyro meletakkan begnya ke lantai. Dia mahu menolong Aqua namun ditahan Izz. Pyro memandang Izz sekilas.

"Kau tak boleh tolong dia kali ini. Sekarang kan tengah hujan, dan kau tu unsur api. Biar aku pergi," kata Izz.

Ya memang benar. Pyro tidak boleh menggunakan unsur apinya untuk menolong Aqua. Situasi yang basah berhujan ini tak sesuai dengannya. Tambahan lagi hujan sudah mulai bertambah lebat.

Izz mengorak langkah ke tempat Aqua. Izz mencipta lantai ais dengan mudah lalu dia terus meluncur laju ke arah Aqua. Hujan tak menjadi halangan baginya malahan membuatkan dia lebih mudah untuk mencipta lantai beku tersebut.

Sesampainya Izz di sebelah Aqua, direntapnya tangan Aqua dari genggaman lelaki itu. Izz memberi pandangan tajam kepada askar tersebut.

"Kau ingat kau boleh tangkap dia senang-senang ha? Jangan harap!,"tengking Izz terhadap lelaki itu.

"Anak muda... pakcik bukannya nak buat...",kata askar SOLID itu. Namun disampuk Izz segera tanpa sempat lelaki tersebut menghabiskan katanya.

"Ah! Tak payah banyak cakap, aku akan tamatkan riwayat kau sekarang askar durjana!," bentak Izz dengan amarah lalu mencipta pedang ais ditangannya.

Pedang yang berkilat itu dihunuskan ke arah muka askar SOLID tersebut. Askar itu segera melepaskan genggamannya di tangan Aqua dan mendepakan kedua tangannya di sebelah telinga sebagai tanda mengalah.

Namun Izz masih dengan keputusannya. Dia menolak lelaki berusia itu sehingga dia terduduk ke tanah . Izz menghayunkan pedang aisnya itu ke wajah askar SOLID tersebut. Namun belum sempat pedangnya mengenai askar berusia itu, pedangnya tiba-tiba terhenti dan bagaikan disekat daripada belakang.

Rupa-rupanya itu merupakan tali kegelapan yang dicipta Zack. Zack membuat tali kegelapan yang mengikat pedang Izz. Dia mengawalnya dari hadapan rumah tumpangan itu.

"Woi. Janganlah bertindak terburu-buru. Aku rasa kita kena dengar dulu penjelasan dia. Aku tak rasa dia berniat nak tangkap Aqua," kata Zack.

Izz merenung Zack . Bercampur-baur perasaan Izz jadinya. Perlukah aku dengar cakap Zack? Dia pun bukannya baik sangat. Entah-entah dia berkomplot dengan askar SOLID.

"Lepaskan pedang aku! Aku tak perlukan sebarang pendapat daripada kau, lebih-lebih lagi kau ni pun bukan boleh percaya sangat,"sebut Izz dengan nada sinis bercampur marah.

Difikirannya, terngiang-ngiang lagi peristiwa di mana Zack ingin mempengaruhinya dan menawarkannya sebatang rokok. Kau ingat aku ni orang yang senang dibuli ke ha?! Senang-senang aku nak ikut cakap dan pengaruh kau?! Tak!

Izz mengendahkan kata-kata Zack. Izz menarik pedangnya keluar daripada tali kegelapan Zack. Dia kembali memandang ke arah lelaki itu. Dia mengangkat pedangnya lalu dihayunkan lagi pedang itu ke arah askar tersebut.

Gedebuk!

Tiba-tiba Izz jatuh dan rebah ke tanah. Izz nengangkat wajahnya. A-apa? Ke-kenapa Aqua?

Dia ditolak oleh Aqua yang berada di sisinya tadi. Pedangnya pula telah pecah berderaian di jalan.

"Ke..kenapa?,"tanya Izz sambil menatap wajah Aqua. Izz tidak percaya bahawa dia ditolak oleh Aqua sebentar tadi.

"Kau nak bunuh dia ke apa!? Kalau kau buat macam tu, kau pun boleh dikira sama je dengan askar-askar SOLID tu. Jadi buat apa kau nak selamatkan aku?!,"marah Aqua.

Menitis air mata Aqua sambil mengucapkan katanya. Mungkin dia terlalu takut atau tak sanggup melihat sesiapa kehilangan nyawa di hadapan matanya.

Tergamam Izz melihat Aqua. Izz melihat kedua telapak tangannya. A-apa yang aku dah buat ni? Aku hampir membunuh lelaki tu. Aku pun dah buatkan Aqua sampai menangis.

Aqua mengalihkan pandangannya daripada Izz lalu mengesat kasar air matanya. Dia memandang lelaki tersebut. Aqua melutut di sebelah lelaki itu supaya kedudukan mereka sejajar.

"Pakcik tak apa-apa?,"tanya Aqua.

"Pakcik tak apa-apa ,nak. Terima kasih tolong pakcik.Sebenarnya pakcik bukannya nak tangkap kamu. Pakcik cuma nak tanya,"terang lelaki itu.

Aqua menjeling ke arah Izz. Melihatkan pandangan tajam Aqua, Izz menundukkan pandangannya tanda bersalah. Sepatutnya dia tidak patut bertindak terburu-buru seperti tadi tanpa usul periksa. Buktinya, pakcik itu hanya ingin bertanyakan soalan pada Aqua sahaja rupa-rupanya.

"Baik pakcik. Mari , kita bincang dekat dalam rumah dulu pakcik. Sekarang masih hujan lagi. Sejuk," pelawa Aqua lalu menarik lelaki itu ke rumah dimana yang lain berada.

Izz yang daripada tadi terduduk di jalan hanya memerhati mereka berdua bergerak meninggalkannya. Aqua juga tidak memandangnya lagi. Manakala yang lain juga telah masuk ke dalam rumah itu.

"A-apa yang aku dah buat..."

_______________________
to be continued.. :)

ELEMENTOM ©️Where stories live. Discover now