Debaran

1.1K 129 0
                                    

"Kita dah sampai ke?," tanya Pyro.

"Belum rasanya," jawab Geo yang berada di sebelahnya.

Mereka masih lagi di dalam corong warna warni itu. Tempat itu bagaikan tiada graviti. Terapung apung sahaja mereka di bawa masa. Mereka masih belum tiba ke destinasi yang diaturkan oleh Dr. Chrone.

"Huhu. Aku dah mula loya,"kata Shiny yang sudah terbalik badannya.

Mereka yang lain hanya menunggu untuk tiba. Toni pula daripada tadi hanya sibuk menutup mulutnya bagi menahan muntah.

Setelah beberapa minit berlalu, akhirnya mereka semua berhenti di satu terowong putih berkilau. Terpancar cahaya terang di hujung terowong itu.

"Itu lah bayangan kisah lampau saya. Perhatikan setiap yang berlaku dan kamu semua akan faham"

Suara Dr. Chrone bergema di seluruh tempat. Tapi badannya tiada di sana. Dia hanya menghantar mereka ke terowong masa sahaja. Manakala Dr. Chrone masih berada di dunia realiti.

Tiba-tiba cahaya terang di hujung terowong mulai berona. Cahaya itu semakin membesar dan mendekati mereka semua. Kini cahaya itu terpampang tepat di hadapan mereka.

Muncullah ala ala satu skrin gergasi yang terang benderang seperti dinding pawagam . Ia berbentuk agak bundar kebujuran. Skrin Masa ini mula menimbulkan gambar. Mereka semua hanya terlopong menunggu permulaan 'kisah' ini.

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Sementara itu di dunia sebenar...

Dr. Chrone terduduk kepenatan. Terbit titik-titik peluh di dahinya. Peluh sejuk bak kata orang.

Ayah Hydro berdiri dari sofa dan segera mendapatkan Dr. Chrone yang keletihan.

"Kamu tak apa apa?," tanya lelaki tua itu.

Risau melihatkan kondisi Dr. Chrone, lelaki tua itu mengambil satu gelas kaca yang berada di atas meja berhampiran dan mengisinya dengan air minuman. Gelas berisi air itu dihulurkan kepada Dr. Chrone.

"Tak... saya tak apa apa.Terima kasih pakcik. Susah-susah je", ucap Dr. Chrone lalu menyambut gelas itu.

Isi gelas diteguk dengan laju dan sebentar sahaja, gelas itu kosong semula. Seusai itu, Dr. Chrone cuba untuk berdiri untuk mengunci pintu.

Namun kakinya terlalu lenguh akibat kepenatan sehingga dia jatuh terduduk semula ke lantai.

"Eh eh jangan paksa diri kamu tu Chrone. Mari pakcik tolong," pelawa lelaki itu. Dia berdiri disebelah Dr. Chrone dan menghulurkan tangannya bagi memberikan bantuan.

Tanpa membantah, Dr. Chrone menyambut tangan kasar lelaki itu. Dia menarik tangan Dr. Chrone perlahan untuk membantunya berdiri tetapi tidaklah terlalu drastik.

"Terima kasih sekali lagi pakcik. Pakcik terlalu mengambil berat pasal saya. Segan pula saya," kata Dr. Chrone.

"Eh takde lah. Bukan apa, pakcik tengok kamu ni terlalu risaukan keadaan budak-budak tu... sampai keadaan diri kamu sendiri pun tak terjaga,"leter lelaki itu.

"Hehe. Mana ada pakcik. Saya okey jelah,"balas Dr. Chrone sambil menundukkan muka. Dia tersenyum kambing sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Hm yelah tu. Apa-apa pun, kamu boleh panggil sahaja saya Pakcik Liq. Pakcik lebih selesa digelar begitu,"kata lelaki itu.

Dr. Chrone hanya tersenyum hormat. Dia mengangguk mempersetujui permintaan Pakcik Liq. Dia memandang Ember dan yang lain yang sudah menguap dan kelihatan mengantuk .

"Err... kamu semua sudah mengantuk ya? Ha kalian masuk lah tidur dulu," pelawa Dr. Chrone.

"Eh, mana ada mengantuk! Kami masih segar lagi lah! Kan kan?,"bantah Hydro sambil menyiku-nyiku badan Virnus di sebelahnya.

"Betul tu! Sokong seratus peratus!,"jerit Ember yang daripada tadi sudah berapa kali tersengguk-sengguk.

Virnus pula sempat mengangguk kecil sambil matanya tertutup. Sebentar sahaja, Virnus menguap kembali. Sudah empat kali dia menguap termasuk kali ni.

Dr. Chrone hanya tersenyum melihat mereka . Betul betul risau mereka dengan rakan yang lain rupanya. Semangat setia kawan mereka memang satu keajaiban.

'Kalaulah mereka boleh bersama sebegini selamanya. Tapi malangnya takdir tidak memikirkan begitu,'monolog Dr. Chrone

"Haha tidur jela. Tak perlu nak tipu saya. Saya boleh awasi mereka semua sendiri," pujuk Dr. Chrone sambil mengusap lembut rambut Pyro.

"Pakcik akan teman kamu juga. Tak gentleman lah kalau pakcik yang lebih tua ni hanya mengharap pada kamu kan?,"kata Pakcik Liq berunsur jenaka.

Dr. Chrone tergelak kecil mendengarkan butir bicara Pakcik Liq. Dia menganggukkan sahaja bersetuju dengan kemahuan Pakcik Liq. Tak elok melawan orang tua, tak baik.

"Err betul ni Dr. Chrone? Tak menyesal?,"soal Ember meminta kepastian Dr. Chrone ke atas kata-katanya tadi.

"Yee. Tidur je, kamu budak-budak lagi. Perlukan banyak tenaga,"jawab Dr. Chrone

"Eleh... yela. Kalau macam tu kami minta izin tidur dulu lah,"kata Ember lalu menyandarkan kepalanya di atas tangan Terra yang sudah terlelap sejak tadi di atas sofa. Patutlah senyap sahaja Terra ni.

Suasana sepi seketika. Terra, Virnus , Ember dan Hydro masing-masing sudah terlelap. Manakala Pakcik Liq dan Dr. Chrone pula hanya diam menyepi menahan kantuk.

Srett!!!!!!

Bunyi geseran kuat kedengaran secara mengejut.

Terbeliak mata Ember dibuatnya. Terkejut benar dia mendengar bunyi itu. Bunyi itu kedengaran berada berdekatan sahaja di hadapan rumah.

Mereka yang lain juga ikut terjaga. Virnus, Ember , Hydro dan Terra sudah mulai takut lalu mendekatkan diri pada Pakcik Liq dan Dr. Chrone.

"Biar saya pergi periksa,"kata Pakcik Liq menawarkan dirinya.

Mestilah dia yang kena periksa. Pakcik Liq yang paling tua di sana. Perlu tunjukkan contoh teladan yang baik gitu.

Dia melepaskan genggaman Hydro yang memegang erat lengannya .

"Ayah... jangan pergi," bisik Hydro dengan wajah risau memandang ayahnya.

Pakcik Liq hanya menggeleng kecil. Dia memberi isyarat pada anaknya supaya tidak merisaukan keadaannya.

Perlahan-lahan dia mendekati pintu utama rumah itu. Tangannya yang sedikit menggigil mula mencapai tombol pintu. Tombol pintu di putarnya sedikit demi sedikit.

Matanya mengintai di celah-celah bukaan pintu. Tak ada sesiapa pun. Dia terus membuka luas pintu itu apabila pasti bahawa tiada sebarang ancaman di luar.

Baru dia tersedar, terdapat garisan-garisan cakaran besar telah menggores pintu. Kesan cakar ini amatlah besar seperti di cakar seekor beruang.

Setelah memerhati kesan cakaran itu, matanya meleret kembali untuk memeriksa keadaan di luar rumah. Takkan lah angin kut yang mencakar kan?

Pokok diintainya,tiada apa-apa. Semak pun tiada sesiapa. Aneh benar ni.

Akhirnya, matanya tertancap pada sesuatu .Tiba-tiba matanya membulat bagaikan ternampak hantu.

Anak matanya tepat memandang ke atas jalan. Terkebil-kebil bibirnya cuba untuk memanggil nama mereka yang lain.Ya Tuhan, betul kah apa yang aku sedang lihat ini ?

Pakcik Liq menarik nafas dalam sedalam-dalamnya . Lalu dilepaskan perkataan yang mahu dilafaznya.

"Spike!"

________________________
to be continued... :)

ELEMENTOM ©️Where stories live. Discover now