Tak mungkin

833 102 7
                                    

Dr. Chrone menoleh ke belakang.
Ya memang betul jangkaannya. Alpha , Beta dan Omega telah berjaya melepaskan diri dari pengunci masanya.

"Kuasa kau tak bertahan lama Chrone", kata Alpha sambil mencengkam lengan Dr. Chrone.

Dr. Chrone cuba untuk melepaskan dirinya dengan sepenuh tenaga. Namun genggaman itu tetap tak terbuka. Susah nak lawan manusia separuh serigala.

Dr. Chrone segera memusingkan badannya sehingga tangan Alpha juga berpusing. Disebabkan sakit tangannya terputar,Alpha melepaskan cengkamannya.

Ya. Ini peluang aku. Aku kena lari dan terus kejar budak budak tu.

Dr. Chrone mengambil langkah seribu. Dia berlari ke pintu dengan sepantas mungkin.

Namun tiba tiba ada sesusuk tubuh menghalang laluannya di hadapan pintu. Dr. Chrone memberhentikan lariannya mendadak. Dia terseret sedikit dek kelajuan yang dihentikan .

Tetha . Tetha yang menghalang laluannya kini. Tetha hanya tersenyum menyerigai memandang Dr. Chrone . Dia memandang Dr. Chrone dengan mata merahnya (nak tahu lebih lanjut, baca cerita Mutantor)

Namun Dr. Chrone hanya menjelingnya. Tak takut pun kerana Dr. Chrone dah biasa bertemu dengannya di Planet Sferum.

Alpha mengerling sekilas Omega. Omega yang memahami isyarat itu mendekatkan dirinya pada Dr. Chrone. Begitu juga dengan Alpha dan Beta.

Kini Dr. Chrone telah dikepung dari pelbagai arah. Kanan kirinya kini terdapat Alpha dan Betha. Hadapannya Tetha dan di belakang pula Omega.

"Apa yang korang nak hah?!", tanya Dr. Chrone dengan lantang.

"Heh, kau pun tahu kan. Kitorang nak kan budak budak tu. Macam kau juga", kata Tetha sambil bercekak pinggang.

"Budak budak tu dah pergi. Kau takkan jumpa dia dah. Kalian dah gagal", kata Dr. Chrone sambil tersenyum sinis.

"Gagal? Huh. Sebenarnya kejayaan kami dah makin hampir", jawab Beta menimbulkan tanda tanya.

"Apa maksud kau hah?", tanya Dr. Chrone.

Soalan Dr. Chrone tidak berbalas. Malah lidah berbilah yang panjang datang melibas ke arahnya. Dr. Chrone yang terkejut seraya melompat melepasinya.

Beta di sebelahnya pula sudah mengeluarkan kepak kulitnya . Dikembangkan kepak kelawarnya itu lalu dia mulai terapung di atas tanah.

Beta melajukan kepakannya lalu meluncur ke arah Dr. Chrone . Dr. Chrone menundukkan kepala mengelak dirinya disambar Beta.

Omega pula berlari ke arahnya sambil mengacukan tanduknya. Dr. Chrone tidak sempat untuk mengelak. Dia menghadapkan kedua tapak tangannya ke hadapan menahan serangannya.

Tanduk Omega di genggam supaya tidak mengenai badannya. Dengan baki tenaga yang tinggal, Dr. Chrone menolak Omega sekuat hati sehingga mereka berjauhan.

"Kalau kau betul betul nak tahu, mereka semua sedang bergerak ke dalam perangkap kami", kata Alpha sambil berlari ke arah Dr. Chrone.

"Tapi tak mungkin. Mereka bergerak bersama", bingkas Dr. Chrone sambil mengelak libasan kuku Alpha.

"Kau pasti?", kata Alpha lalu memberhentikan serangannya dan tersenyum.

"Ya mesti lah. Diorang bergerak bersama. Pergerakan mereka pun dipimpin oleh Spike", bantah Dr. Chrone.

"Kecuali?", kata Alpha sengaja menyuruh Dr. Chrone menyambung kata katanya.

"Kecuali...", sambung Dr. Chrone sambil berfikir.

Tiba tiba matanya sedikit terbeliak. Mulutnya pula sedikit ternganga. Tak mungkin. Tak pernah pula aku memikirkan ini. Mereka dalam bahaya!

"Kecuali.. Spike itu sendiri yang sengaja membawa mereka ke arah perangkap!",kata Dr. Chrone terkejut.

"Bingo! Hahaha ",kata Alpha lalu bertepuk tangan.

"Mereka dalam bahaya!"

_____________________
to be continued..

ELEMENTOM ©️Where stories live. Discover now