CLH 37

19.8K 923 77
                                    


"APA, Luth kena tembak! macam mana keadaan dia sekarang?" puan Haliza yang sedang duduk berehat di ruang tamu terkejut mendapat panggilan daripada Arshad

"jangan risau ibu, dia tak apa apa cedera sikit je" beritahu Arshad

"alhamdullilah" ucap puan Haliza

"nanti kalau ada apa apa Arshad bagitahu ibu ya" kata Arshad

"ye la kamu jaga diri, tolong tengok tengokkan Luth ya" pesan puan Haliza

"baiklah, Arshad letak dulu, assalamualaikum" selepas puan Haliza menjawab salam, Arshad menamatkan panggilan

"kau ni aku dah kata tak payah call ibu, aku cedera sikit je" Luth mengeleuh, ketika ini dia sedang di rawat di hospital berdekatan.

Dia bukan cedera sampai terpaksa bermalam dekat hospital, bahu kirinya sahaja yang terkena tembakan dari bodyguard Roy sebelum lelaki itu ditembak oleh Yi Feng

"aku bagitahu sebab tak nak ibu risau" jawab Arshad.

Luth tengok Arshad sedang scroll telefonnya

"kau cari apa pula tu?" apa lagi Arshad nak buat dengan telefonnya

"sekejap" kemudian Arshad melekapkan telefon pada telinga

"assalamualaikum Aaira" Luth sudah  menepuk dahi perlahan.

Arshad ni memang saja nak bagi semua orang risau tentang dia agaknya

"waalaikumusalam" jawab Aaira

"saya nak bagitahu awak sesuatu tapi awak jangan terkejut" sebaik sahaja mendengar ayat Arshad, Aaira sudah fikir yang bukan bukan.

Syafiqah yang di sebelah juga sabar menanti apa yang ingin diberitahu oleh Arshad, nasib baik Aaira buka pembesar suara, dia boleh dengar sama

"kenapa dengan Luth?" tanya Aaira, suaranya perlahan

"Luth kena tembak tadi...." belum sempat dia habiskan ayat kedengaran suara tangisan dalam talian

"ehh Aaira jangan la menangis" Arshad gelabah, Luth yang dari tadi hanya melihat terus merampas telefon milik Arshad

"Aaira hey Aaira" panggil Luth lembut.

Aaira yang mendegar suara Luth cepat cepat menjawab "hello Luth, ni awak ke?" tanya Aaira, dia nak kepastian

"iya ni saya, awak kenapa sedih sedih ni" suara Luth lembut seakan memujuk

"betul ke awak kena tembak? awak okay tak? awak nak saya pergi sana ke?" bertalu talu soalan Aaira

"ya betul saya kena tembak dekat bahu tapi saya tak ada apa apa kecederaan serius" Luth menjawab satu persatu soalan Aaira dengan tenang

"betul ni awak okay?" sekali lagi Aaira tanya

"iya cik Aaira Nasrin, saya okay" jawab Luth seyakin yakinnya, dia tak nak Aaira risau

"bila awak boleh balik? dekat sana semua dah selesai ke?" banyak betul soalan dari cik tunang tapi Luth seakan akan tak kisah, dia tenang menjawab

"esok saya balik, alhamdullilah semua dekat sini dah selesai tinggal persiapan majlis kahwin kita je yang belum selesai" gurau Luth untuk menceriakan suasana

"ish awak ni" marah Aaira, dia dengar suara Luth ketawa lagilah buat dia geram, sempat lagi bergurau.

"okay lah Aaira, saya nak kena balik kem ada benda lagi yang saya kena selesaikan dekat sana sebelum balik, awak jangan risau, saya okay dekat sini" pesan Luth

"okay" jawab Aaira, belum sempat Luth tamatkan panggilan, suara Syafiqah kedengaran

"Luth tolong pass telefon dekat Arshad, saya nak cakap dengan dia sekejap"
Luth tanpa banyak bicara menyerahkan telefon pada Arshad

"Syafiqah nak cakap dengan kau" Arshad mengambil telefon milik Luth dan keluar dari bilik rawatan

"Aaira, aku pinjam sekejap tau nak cakap dengan Arshad" terus Syafiqah mengambil telefon milik Aaira dan berlalu ke tingkat atas.

Aaira melihat Syafiqah, tertanya tanya kenapa wanita itu tidak bercakap di sini sahaja? kenapa sampai kena naik bilik.












"TERIMA kasih sebab sudi bekerjasama dengan kami tanpa bantuan kalian mungkin kita takkan dapat tangkap Zack dan geng dia" ucap tuan Malik kepada team Luth Haiyyan

"sama sama tuan, terima kasih juga sebab beri kami pengalaman bertugas di sini, kami takkan lupakan" Arshad menjawab.

Mereka berjabat tangan dengan tuan Malik dan melihat kepergian beliau, ketika ini mereka sedang menunggu di kawasan helipad untuk ketibaan helikopter yang akan membawa mereka pulang ke semenanjung.

Selepas tuan Malik berlalu, dua orang anggota merapati mereka, siapa lagi kalau bukan teman sekerja mereka semua captain Yi Feng dan captain Ahmad

"nasib baik kitaorang sempat sampai, ingatkan korang dah gerak" terbit rasa lega dalam hati Yi Feng melihat mereka semua masih ada di sini

"kitaorang tunggu juga kau dengan Ahmad, ingat tak datang" kata captain Razin

"mana boleh tak datang, ni last day korang semua" captain Ahmad tersenyum pada mereka

"terima kasih atas bantuan tanpa korang operasi ni takkan berjalan lancar" ucap Yi Feng ikhlas

"sama sama dah memang tugas kita semua, kami dekat sini hanya membantu apa yang kami mampu" Luth melihat kedua captain di hadapannya, entah bila mereka berpeluang untuk berjumpa lagi

"walaupun perkenalan kita singkat tapi aku rasa macam kita dah kenal lama, panjat tembok sama sama" Yi Feng tergelak, dia takkan pernah upa memori panjat tembok yang tinggi di gudang  tanpa menggunakan tali bersama Luth, bila teringat balik rasa bangga pula dengan pencapaian kecil itu.

Luth hanya tersenyum, dia juga takkan lupa semua yang jadi di sabah ini, pengalaman yang bermakna, dia membawa balik habuan di bahu akibat tembakan semalam

"bahu kau macam mana? okay ke tak" Ahmad menyoal Luth

"okay, biasa la macam kau tak pernah rasa kena tembak" Luth bergurau

"hahahahahah... aku faham perasaan kau" captain Ahmad tergelak.

Dalam mereka leka berbual, rambut masing masing ditiup angin kuat menandakan helikopter telah tiba

"aku harap kita dapat bekerjasama lagi dengan anggota dari semenanjung" ucap Ahmad

"inshaallah, aku harap kita jumpa lagi kalau bukan sebab tugas, mungkin korang boleh datang bercuti dekat semenanjung" Arshad menepuk bahu Yi Feng

"Itu la, aku dengan Yi Feng memang ada bercadang kalau ada cuti nak balik semenanjung, keluarga kitaorang semua dekat sana" luah Ahmad

"jadi korang berdua ni orang semenanjung lah?" tak sangka mereka berhijrah ke Sabah, itu la pengorbanan anggota tentera, terpaksa meninggalkan keluarga demi tugas pada negera tercinta

"kitaorang berdua menumpang dekat negeri di bawah bayu ni kerana tugas" jawab Ahmad sambil terseyum kecil, dia jadi rindu akan keluarganya yang berada di semenanjung

"rasanya korang semua dah boleh gerak" Yi Feng menunjukan ke arah helikopter yang sudah mendarat

"kitaorang gerak dulu" mereka semua berjabat tangan untuk kali yang terakhir bersama Yi Feng dan Ahmad.

Luth lihat mereka berdua masih lagi di lapangan menghantar kepergian dia dan yang lain, dia harap mereka berdua dapat hadir di majlis perkahwinan dia dan Aaira di semenanjung nanti.

Nombor telefon mereka berdua sudah Luth simpan di telefon semalam, nanti bila majlis nak dekat, dia akan maklumkan pada mereka berdua.

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now