CLH 11

25.4K 1.2K 41
                                    


JAM 8.50 minit Aaira sampai di port dickson, Negeri Sembilan. Dia keluar dari kereta tanpa membawa beg pakaian.

Biar abang Hanif saja yang turun ambil nanti.

Tangga di daki sehingga ke aras tiga, sesampai sahaja dia di depan pintu rumah. Aaira mengetuk pintu tersebut sebanyak tiga kali berserta dengan salam.

Seminit kemudian pintu rumah di buka, wajah abang Hanif muncul di muka pintu.

"masuk la Aaira" pelawa Hanif.

Aaira terus menuju ke sofa untuk melepaskan lelah, penat juga panjat tangga rumah abang Hanif ni walaupun dia dah biasa turun naik tangga di hospital

"penat sangat abang tengok, nak air sejuk tak. Abang ambilkan?" pantas Aaira mengangguk.

Tak sampai seminit abang saudaranya datang dan menghulurkan mug padanya, sekali teguk sahaja air di dalam mug sudah habis

"kak Afiya mana abang, tak nampak dari tadi?"

"ada, kak Afiya tengah mandi sekejap lagi dia keluar"

"beg baju Aaira mana, takkan datang tak bawa pakaian?" abang Hanif ni buat buat tak faham pula.

Aaira tayang sengih sambil menghulurkan kunci kereta

"abang tolong ambilkan boleh, kereta Aaira park dekat tempat biasa tau" Hanif geleng kepala

"yela meh sini" kunci kereta Aaira di ambil lalu dia keluar untuk mengambil beg pakaian adik saudaranya

"Aaira!" suara kak Afiya buatkan Aaira mengalihkan perhatian dari kaca tv

"akak!" dia bangun dan menuju ke arah kakak saudaranya, tubuh itu di dakap erat

"rindunya akak dekat Aaira" dia menekan kedua belah pipi Aaira menggunakan tapak tangan

"Aaira rindu juga dekat akak, akak sihat?" dia menilik wajah kak Afiya, nampak sedikit berisi

"Alhamdullilah sihat sampai naik 3 kilo berat badan" kak Afiya tayang tiga jari

"patut la akak makin kiut" pantas tangan Afiya naik memukul bahu Aaira

"abang kamu mana?" tubuh sang suami di cari

"hehehe...Aaira suruh abang ambil beg pakaian dekat kereta" dia menggaru kepala yang tak gatal.

Afiya senyum "ouhh yeke...Aaira dah makan? kalau belum jom, akak ada buat daging masak hitam kesukaan Aaira" dengar saja lauk kegemarannya terus Aaira setuju lagipun kali terakhir dia makan jam 1 tengah hari

"wahh...bestnya, jom kak, Aaira tolong hidangkan lauk sementara tunggu abang Hanif naik" mereka menuju ke dapur sambil berbual kosong











KEESOKKAN  paginya, mereka bertiga bersarapan di sebuah gerai kecil berdekatan dengan rumah.

Aaira pesan satu roti telur dan satu roti sardin padahal malam tadi dia dah bedal daging masak hitam sampai licin lauk kak Afiya

"Aaira tengah hari nanti teman akak dengan abang Hanif pergi kenduri kahwin ya" Aaira angguk tapi...

"okay je kak tapi lupa pula yang Aaira tak bawa baju kurung takkan nak pergi rumah orang kahwin pakai jeans pula" baru teringat dia tak bawa baju kurung

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now