CLH 6

27.6K 1.2K 104
                                    


'BANG' bunyi tembakan itu mengejutkan Luth Haiyyan.

Tubuhnya diraba kenapa dia rasa bukan dirinya yang terkena tembakan tadi lalu kepala di toleh ke belakang rupa rupanya bukan lelaki di belakangnya yang melepaskan tembakan tetapi captain Arshad Shah.

Dia lebih pantas bertindak menyelamatkan sahabatnya kemudian lebihan empat orang penjahat lagi  berlari ke arah mereka sambil melepaskan tembakan, Arshad cepat cepat berlindung di sebalik pokok.

Manakala Luth Haiyyan sudah bersedia dengan senapang di tangan dan melepaskan tembakan, dua orang penjahat tumpas di tangannya.

Leftenan Ziyad juga tidak melepaskan peluang untuk menembak baki dua orang penjahat lagi

"dah, jom gerak cepat nanti makin ramai pula yang kejar kita" kata Luth Haiyyan lalu dia berlari diikuti yang lain.

Lebih kurang 20 minit berlari, Aaira nampak banyak khemah yang didirikan dan khemah tersebut di huni oleh orang kampung,

terjawab soalan yang tentera di sini sudah tahu rancangan penjahat itu semua dan mereka berpindah sementara di sini

"Aaira kau termenung apa, jom aku bawa kau jumpa Hafiz suruh dia rawat lengan kau ni" Aaira tersedar dari khayalnya apabila Syafiqah Hani menegur

"kejap aku nak pergi dekat tentera yang selamatkan kita tadi" Aaira menunjuk ke arah sebelah kanannya di mana Luth Haiyyan serta Arshad Shah dan Ziyad sedang berbual

"eh, tunggu aku nak ikut juga" jerit Syafiqah lalu dia berlari menyayingi langkah Aaira

"tuan" panggil Aaira selepas dia mendekati Luth Haiyyan dan yang lain

Luth Haiyyan berpusing "ya? ada apa apa lagi yang boleh saya bantu?" tanya Luth Haiyyan

"saya nak ucapkan terima kasih sebab lindung saya dari penjahat tadi saya hargai apa yang tuan buat untuk saya" ucap Aaira ikhlas sempat lagi dia melihat nama yang tertera di baju celoreng lelaki itu 'Luth'

'ouhh nama dia Luth' bisik Aaira sendiri

"saya tak buat apa apa pun itu memang tanggungjawab saya, bukan awak saja kalau orang lain yang ada di tempat awak, saya akan buat perkara sama" sempat lagi dia melihat luka daripada kesan tembakan di lengan wanita itu

"pergi lah rawat luka awak tu takut melarat pula" sambung Luth Haiyyan lagi.

Aaira melihat luka yang berada di lengannya itu macam mana dia boleh lupa luka ini.

Dia memandang semula ke arah Luth Haiyyan dan tersenyum,

ingin sekali dia melihat muka lelaki yang menjadi heronya itu tapi apakan daya,  wajah lelaki itu di tutupi dengan celoreng yang dipakai oleh tentera untuk melindungi identiti mereka dari di kenal pasti

"erm... saya juga nak ucap terima kasih dekat tuan..." lalu Syafiqah melihat nama lelaki yang bersama dengannya tadi 'Arshad' "tuan Arshad" sambungya lalu dia tersenyum

"sama sama" balas Arshad ikhlas dia nak gelak sebenarnya melihat wanita ini, siap berhenti untuk melihat namanya tapi di tahan

"kami pergi dulu,terima kasih sekali lagi" lalu dua orang doktor muda itu berjalan meninggalkan tiga orang tentera yang masih melihat pemergian mereka

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now