CLH 31

23.2K 1K 152
                                    


"ASSALAMUALAIKUM, maaf saya lambat ada urusan tadi" kata lelaki itu.

Aaira yang mendengar, terus mendongakkan kepala, hampir ternganga dia melihat lelaki berkemeja kolar hitam sedang mengambil tempat duduk di hadapannya

"saya rasa awak dah salah meja ni" kata Aaira, takkan lelaki ini bakal suami Aaira

"saya rasa saya tak salah tempat duduk, awak lah Aaira Nasrin binti dato Harith, bakal isteri saya" kata lelaki itu kemudian tersenyum manis,

senyuman itu yang buat Aaira tak keruan saban hari

"but how?"  Aaira masih tak percaya

"saya balik jumpa ibu minta ibu masuk meminang awak untuk saya, esoknya terus ibu jumpa keluarga awak" tenang saja riak wajah lelaki ini sewaktu menjawab.

Luth Haiyyan yang masuk meminangnya dan bakal menjadi suaminya, mana boleh dia tolak, rezeki dah datang bergolek.

Ikutkan sekarang juga dia nak telefon mama cakap yang dia terima pinangan ini

"kenapa awak diam?" Luth Haiyyan memandang wajah Aaira

"saya tak percaya" dia rasa macam mimpi, Luth sekarang sedang duduk di hadapannya

"maaf, masa awak luahkan perasaan dekat saya haritu, saya tolak sebab saya tak yakin dengan diri saya" lemah suara Luth, dia agak kesal dengan perkara lepas

"tak apa, saya dah lupakan semua tu dan saya tak simpan dalam hati" jawab Aaira senang

"terima kasih sebab sudi terima saya walaupun saya pernah tolak cinta awak" senyuman kecil di hadiahkan

"saya yang patut berterima kasih dekat awak sebab sudi terima saya sebagai bakal isteri awak" kata Aaira jujur.

Luth tersenyum, dia suka melihat wajah Aaira tapi tak boleh pandang lama lama, belum halal

"jom la kita order makanan" Aaira kemudian mengangkat tangan memanggil waiter untuk memesan makanan















SETIBANYA pesanan, mereka berdua makan dengan senyap tanpa mengeluarkan suara.

"bila kita nak khawin?" bila dengan Luth hilang terus rasa malu Aaira

"bila yang awak nak?" Luth menyoalnya kembali

"kalau boleh saya nak esok" jawab Aaira selamba.

Hampir saja tercekik mi kari yang berada di dalam mulut bila mendengar jawapan Aaira

"HAHAHAHA...saya gurau jela, saya bagi awak tetap kan tarikh" kali ini Aaira serius, dia tak kisah bila. Luth terima dia pun dah cukup bersyukur

"ohh...saya lupa nak sampaikan yang ibu kirim salam dekat awak" kata Luth

"waalaikumusalam, rindu pula dekat makcik" luah Aaira.

Luth hanya tersenyum sahaja bila mendengar ayat itu, dia senang dengan wanita di hadapannya ini.

Hormat orang tua, ada budi bahasa malah ibu dah berkenan dengan Aaira, jadi Luth tak perlu risau di kemudian hari kalau Aaira yang menjadi suri hatinya

"awak datang dari Melaka ke?" Aaira menyoal?

"tak lah saya dari rumah kak Lana, ibu pun ada dekat sana" jawab Luth

"yeke, kenapa tak bawa makcik datang sekali" Aaira dah teruja bila dengar puan Haliza ada di sini

"ibu kata dia tak nak kacau kita berdua, itu yang ibu duduk rumah tunggu saya balik untuk cerita dekat dia apa yang saya berbual dengan awak dan reaksi awak bila tengok muka saya" Luth ingat, ibunya siap berpesan balik nanti terus cerita apa yang jadi dan apa reaksi Aaira bila nampak Luth yang datang

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now