CLH 30

22.1K 1K 73
                                    


SAMPAI sahaja Aaira di rumah orang tuanya, jam sudah menunjukkan tepat pukul 7.

Dalam perjalanan pulang, dia di arahkan oleh Aarif membeli barang barang dapur, sebagai adik dan anak yang baik, Aaira singgah di village grocer untuk membeli barang barang yang telah disenaraikan oleh abangnya melalui whatsapp.

Nak balik rumah jalan jamme kerana orang balik kerja tambah tambah lagi dia berada di tengah bandar, bila sampai  rumah dia meletakkan barang barang di dapur kemudian terus naik ke bilik untuk membersihkan diri dan solat.

"ma ada apa apa yang Aaira boleh tolong?" tanya Aaira selepas dia selesai solat dan turun ke dapur

"barang barang yang kamu dah beli ni keluarkan dari plastik, masukkan barang basah dalam peti sejuk, barang kering kamu susun dalam kabinet. Mama nak hidangkan makan malam" datin Haisya memberi arahan sambil sibuk menceduk sambal udang dan memasukkan ke dalam mangkuk.

Aaira mengikut arahan mamanya, dia teringat tujuan dia balik ke rumah malam ini

"ma apa yang nak dibincangkan, takkan nak bincang pasal holiday, ini baru bulan 10 biasa kita holiday bulan 12" Aaira tertanya tanya kalau soal percutian, biasanya mereka akan rancang pada bulan 11

"mungkin kita tak jadi holiday tahun ni" kata datin Haisya perlahan, dia sembunyikan senyuman

"apa ma?" Aaira nampak bibir mamanya mengatakan sesuatu tapi dia kurang dengar, dah la dia tak pandai nak baca gerak bibir

"bukan pasal holiday, nanti la tunggu lepas makan malam kamu akan tahu" Aaira akur bila mamanya dah cakap macam tu















SELEPAS makan malam, mereka berkumpul di ruang tamu, Aaira pula sedang sibuk di dapur membasuh pinggan dan menyediakan kopi panas untuk papa dan abangnya.

Masa mereka makan malam tadi, papa hanya berbual kosong dan bercerita tentang syarikat dengan mereka semua, papa tak sebut langsung apa yang nak dibincangkan, sambil membuat air dia berfikir mungkin ada kesalahan yang dia dah buat, tapi dia tak perasaan jadi dia cuba mengingat kembali kejadian kejadian lepas

"Aaira lamanya buat air, semua dah ada dekat ruang tamu" terperanjat Aaira bila suara datin Haisya muncul dari belakang

"ya ma dah siap ni, jap Aaira ambil cawan dengan dulang" selepas itu dia terus membawa kopi panas itu ke ruang tamu, dia duduk bersebelahan abangnya, itu pun terpaksa kerana dia di tarik kalau tak dia nak duduk dekat depan Aarif

"papa nak bincang tentang apa pa?" tanya Aaira terus menerus, tak ada mukadimah

"papa nak bincang pasal kamu Aaira" serius muka papa, Aaira kemudian menoleh kepada mamanya, datin Haisya juga membuat muka serius,
tapi bila dia toleh dekat abangnya di sebelah boleh pula dia tunjukkan jari telunjuk kemudian goyangkan depan  belakang saja nak menakutkan Aaira.

Aaira yang geram mengambil jari Aarif dan gigit sekuat hati, apa lagi menjerit macam pontianak abangnya

"hesyy korang ni sempat pula main main" tegur mama

"Aaira ni ma, gigit jari Aarif bukan main kuat lagi" adu Aarif

"dah abang tu buat Aaira geram siapa suruh" Aaira menjelirkan lidah kepada Aarif persis kanak kanak 5 tahun

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Kde žijí příběhy. Začni objevovat