CLH 7

26.2K 1.2K 96
                                    

SELEPAS  memastikan bahawa penjahat penjahat itu sudah agak jauh dari mereka, Luth mengajak Aaira untuk pergi ke arah khemah

"cuba awak cari dekat khemah sini biar saya tunggu luar" kata Luth sambil menunjuk ke arah sebuah khemah

Aaira masuk ke dalam khemah, matanya liar memerhati namun susuk tubuh anak kecil itu tidak kelihatan lalu dia keluar dari khemah

"tak ada lah" katanya.

Tiba tiba mereka terdengar bunyi suara budak menangis, Aaira dan Luth berpandangan sesama sendir tanpa berkata apa apa mereka terus berlari menuju ke arah suara tersebut.

Sampai sahaja di khemah terus Aaira meluru masuk, dia lihat seorang budak lelaki sedang menangis sambil memeluk lutut.

Tanpa teragak agak dia mengangkat budak tersebut untuk dibawa keluar dari  khemah

"dah?" tanya Luth, Aaira hanya balas dengan anggukan sambil cuba memujuk budak itu supaya berhenti menangis

'jangan lah nangis adik tahu tak suara adik ni boleh buat kita semua dalam bahaya' kata Aaira dalam hati.

Dia hanya mengikut sahaja langkah Luth Haiyyan, nasib baik budak itu dah berhenti nangis.

mereka juga dengar bunyi tembakan tapi jauh dari mereka 'bermakna tentera tentera sudah bergerak untuk melawan semula' kata Luth dalam hati.

Sebenarnya mereka ada buat rancangan apabila dah tumbangkan beberapa orang tanpa pengetahuan musuh barulah mereka akan melawan semula penjahat penjahat itu,

bila kuantiti penjahat semakin berkurang senang lah kerja mereka menumpaskan baki penjahat yang tinggal

"kita kena cepat tentera lain dah mula ambil tindakan" kata Luth Haiyyan.

Nasib tak menyebelahi mereka apabila mereka terserempak dengan seorang penjahat yang sedang mengacukan senapang menghala ke arah mereka

cepat sahaja Luth Haiyyan menghadang Aaira dan budak lelaki itu dari terkena tembak seperti dia melindungi Aaira semasa mereka di hutan tadi.

kali ini tembakan betul betul mengena bahu kanan Luth namun dia tak diamkan sahaja terus diambil pistol yang ada di sebelah peha kirinya lalu menembak lelaki tersebut dengan beberapa das tembakan dan lelaki itu tumbang.

"ya allah tuan okay tak ni?" tanya Aaira cemas

"saya okay sikit je ni, dah jom kita bergerak" kata Luth sambil memegang kejap bahu kanannya yang baru lepas ditembak



"KENAPA ni?" tanya Darren apabila dia nampak bahu Luth yang berdarah

"tolong aku rawat dia ni" kata Aaira lalu dia menuju ke arah wanita Thailand yang sedang duduk bersama Bifern.

Aaira menyerahkan budak lelaki dalam dukungannya kepada ibunya semula

"thank you thank you" kata wanita Thailand itu, dia mencium kepala anaknya berkali kali.

Aaira hanya balas dengan anggukan dan senyuman.

Selepas kelibat wanita itu berlalu pergi kepada suaminya, Aaira terus teringatkan Luth Haiyyan yang sedang dirawat oleh Darren

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now