CLH 24

21.7K 989 84
                                    


AAIRA dan Syafiqah sudah siap mengemas beg, hari ini merupakan hari terakhir mereka di kem tapi mereka akan pulang ke kuala lumpur esok.

Petang tadi kakitangan hospital membuat sedikit majlis untuk perpisahan mereka, lebih kurang 15 orang doktor dari luar yang diraikan termasuk Aaira dan Syafiqah

"dah siap kemas barang?" kak Afiya yang kebetulan lalu di hadapan bilik mereka, menegur

"dah kak" jawab Syafiqah, kak Afiya mengeluh perlahan, dia masuk dan duduk di birai katil.

Aaira mendekati kak Afiya dan duduk di sebelahnya

"kenapa akak murung je?" tanya Aaira, Syafiqah mula mendekati mereka berdua dan duduk di sebelah kak Afiya

"akak sedih, korang dah nak balik padahal abang Hanif lagi 3 minggu baru balik, mesti akak sunyi nanti" luah kak Afiya.

Aaira jadi sedih kalau bukan kerana tugas, sudah pasti dia akan menemani kak Afiya

"akak jangan sedih sedih, kitaorang janji bila ada cuti, kitaorang datang melawat akak" pujuk Aaira.

Syafiqah mengangguk mengiyakan kata kata Aaira

"korang janji eh datang melawat akak, rumah ni sentiasa terbuka untuk Aaira dan Syafiqah" kata Afiya

"ya kak kitaorang janji, dah akak jangan sedih sedih nanti baby pun sedih kat dalam tu" Aaira cuba bergurau untuk menceriakan kak Afiya

"hahahahaha... Aaira ni ada je lawak dia" akhirnya kedengaran gelak tawa kak Afiya.

Afiya memeluk Aaira dan Syafiqah walaupun sedih untuk melepaskan mereka berdua tapi Afiya faham kerjaya mereka sebagai seorang doktor















"KAU tak nak jumpa captain Luth buat kali terakhir?" Syafiqah memandang wajah Aaira, murung saja mukanya

"tak, cukup lah tiga hari ni aku dah intai dia, aku dah puas hati, lagipun aku masih tak mampu jumpa dia lepas kes jogging haritu" jawab Aaira

"kau akan berhenti berharap atau masih nak teruskan?" Syafiqah ingin tahu

"kau ingat senang aku nak mengalah, aku takkan lepaskan lelaki sebaik Luth, cuma sekarang aku perlukan masa untuk healing" seorang Aaira masih lagi bersemangat

"aku yakin dia suka aku cuma dia keliru plus dia malu nak luahkan semua tu" sambung Aaira

"aku sentiasa sokong kau okay babe, jangan risau" Syafiqah mengusap kepala Aaira














Keesokan harinya...

AAIRA sudah siap memasukkan beg ke dalam bonet tapi yang dia pelik Syafiqah masih belum turun, sudah hampir 20 minit dia di bawah tapi batang hidung Syafiqah tak muncul muncul.

Nasib baik harini mereka diberi cuti khas dari doktor Hisyam kalau tak terkocoh kocoh mereka nak balik ke kuala lumpur.

Akhirnya Syafiqah turun dengan beg roda diikuti dengan kak Afiya di belakang.

Syafiqah yang sudah sampai ke kereta memasukkan luggage ke dalam bonet kereta Aaira, dia perlahan lahan mendekati Aaira

"Aaira nanti berhenti dekat pejabat kem tau" pinta Syafiqah.

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now