CLH 21

22K 1K 30
                                    


SEPERTI yang mereka rancang semalam, pagi ini Aaira menggoreng mee untuk mereka semua, dia dan Syafiqah makan terlebih dahulu untuk menghantar bekal pada captain kesayangannya.

Sampai sahaja mereka betul betul di hadapan kuartes bujang, Syafiqah menghubungi Arshad Shah untuk turun mengambil sarapan yang di masak khas oleh doktor Aaira Nasrin.

Tadi dia dah whatsapp Arshad supaya tunggu di bawah, dia malas nak telefon dan lelaki itu membalas tapi bila sampai, Syafiqah tak nampak langsung batang hidung Arshad.

Sebaik sahaja panggilan diangkat terus dia memarahi lelaki itu "mana awak ni kata dah tunggu dekat bawah, tak ada pun" seram juga Aaira tengok Syafiqah marah.

Marahnya pada captain Arshad Shah pula tu, berani betul padahal mereka baru berjumpa beberapa kali

"saya dah ada dekat bawah ni mungkin awak berhenti dekat bangunan lain lagipun saya macam nampak kereta Aaira"

Syafiqah terdiam kerana rasa serba salah memarahi lelaki itu

"cuba awak reverse kereta, saya dekat belakang ni" Syafiqah melihat cermin sisi kereta, memang betul dia nampak Arshad di belakang.

Dia mengarahkan Aaira untuk mengundur ke belakang.

Aaira hanya ikut tanpa membantah, dia bergerak ke belakamg sikit barulah mereka nampak Arshad yang sedang berdiri menunggu mereka sambil memegang telefon di telingannya.

Syafiqah cepat cepat menutup panggilan kerana terlampau malu dan rasa bersalah

"nah kau bagi bekal ni dekat Arshad" Aaira menghulurkan bekal makanan pada Syafiqah

"asal aku pula, bukan kau ke yang nak laksanakan misi pikat captain Luth Haiyyan kau tu" Syafiqah menolak untuk memberi bekal makanan pada Arshad, tebal mukanya untuk berjumpa selepas dia marah pada lelaki itu tadi

"masalahnya kau pandang dekat luar tu siapa" Aaira geram lalu dia memegang kepala Syafiqah kemudian dia tolehkan kepala itu pada Arshad, nasib baik tinted keretanya gelap kalau tak memang dah kena tuduh membuat kekerasan pada kawan baik sendiri

"kau nampak tu captain Arshad kan bukan Luth, so kau la yang pergi lagipun kau ingat aku tak tahu yang kau malu nak jumpa dia sebab kau dah marah dia tadi" ternyata Aaira sudah baca apa yang ada dalam kepalanya,  kemudian dia melepaskan tangannya dari memegang kepala Syafiqah

"haishh yela yela aku keluar" cepat cepat Syafiqah membetulkan rambutnya yang kusut masai itu dan mengambil bekas di tangan Aaira

dia membuka pintu kereta untuk keluar "hai Arshad macam mana dengan lengan awak, dah okay?" Syafiqah menegur lelaki itu seperti tiada apa apa yang berlaku antara mereka

"hai Iqa, alhamdullilah dah makin baik" balas Arshad juga sama seperti Syafiqah

"nah sarapan pagi untuk awak berdua, berdua tau jangan awak makan sorang pula nanti menangis Aaira tu sebab captain Luth dia tak dapat makan masakan yang dia masak" sempat Syafiqah mengumpat Aaira

"hahahahah... yela, terima kasih, senang kami berdua pagi ni tak payah masak atau keluar pergi beli sarapan" kata Arshad

"sama sama and maafkan saya sebab dah termarah awak tadi" ucapnya ikhlas

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now