CLH 36

20.4K 908 33
                                    

"APA yang korang dapat dekat sana?" tanya captain Ahmad sebaik sahaja dia dan yang lain sampai di cafe, suasana cafe itu agak gelap kerana sudah hampir menginjak ke angka 1 pagi,lampu hanya di nyalakan di mana tempat mereka duduk

"memang dekat sana ada markas si Zack dengan orang orang dia" jawab Luth

"pendatang asing yang di bawa masuk ke sini, semua dia jadikan sebahagian dari mereka " sambung Yi Feng

"kalau macam tu, kita bagitahu tuan Malik supaya skuad lain tak payah teruskan pencarian pendatang asing  yang terlepas masuk ke sini" Arshad menyatakan pendapatnya, yang lain bersetuju

"kau pula? apa kau dengan yang lain jumpa dekat sana?" Luth menyoal

"kitaorang jumpa gudang dadah dekat sana" jawab Razin

"apa!" Arshad terkejut, sangkaannya Zack ini sekadar membawa masuk pendatang asing secara haram tapi rupa rupanya mereka juga terbabit dengan isu pembuatan dadah

"jangan cakap yang..." Yi Feng memandang Ahmad, hanya mereka yang mengerti maksud di sebalik pandangan tersebut.

captain Ahmad membalas dengan anggukan "ya diaorang yang polis sedang kehendaki sekarang, tokan dadah terbesar dekat area sabah dan sarawak"

Yi Feng sudah memicit dahi 

Luth dan yang lain bingung "kenapa?" 

"diaorang ni lah yang dah 3 bulan polis siasat, pengedar dadah terbesar dekat sabah dan sarawak tapi sampai sekarang tak jumpa bukti siapa dalangnya, rupa rupanya Zack" Ahmad membuka cerita

"aku rasa kita dah tak boleh tunggu lama, besok juga kita kena pergi serang kedua dua markas diaorang" kata Yi Feng

"betul tu, tak apa besok kita bincang dengan tuan Malik" bicara captain Ahmad

"korang boleh balik tidur, dah lewat malam ni" Yi Feng kesian pada mereka yang datang dari semenanjung, tiada rehat untuk mereka, sampai saja di sini sudah di berikan tugas

"kalau macam tu, aku dengan yang lain balik bilik dulu nak mandi melekit badan ni" balas Luth, dia dan Yi Feng dah panjat tembok, dah berlari memang berpeluh lah jawabnya

"yela, jumpa esok dekat cafe, kita sarapan sini" captain Ahmad mengingatkan mereka semua tentang perancangan esok.

Arshad menganggukkan kepala kemudian mereka bangun dan berjalan menuju ke bilik, begitu juga dengan Yi Feng dan Ahmad mereka juga pulang ke kuartes masing masing menaiki kereta.

"JADI apa strategi kamu semua?" tanya tuan Malik sebaik sahaja mendengar penemuan mereka semalam

"kitaorang semua ingat nak serbu terus 2 buah gudang tu, tuan" jawab captain Ahmad sama seperti apa yang mereka bincang semasa sarapan pagi tadi

"baik kita proceed, saya akan arahkan beberapa orang anggota lain untuk tolong kamu" tuan Malik bersetuju dengan cadangan captain Ahmad dan yang lain

"tak perlu tuan team saya dan team captain Luth sahaja dah cukup untuk ke sana" tuan Malik mengerutkkan kening

"kamu yakin, Yi Feng?" anggukan dari lelaki berbangsa cina itu buatkan tuan Malik ikut mengangguk

"baik la, kalau macam tu team boleh bergerak untuk buat persiapan" Yi Feng dan yang lain berjalan keluar selepas mendapat arahan daripada tuan Malik.












AKHIRNYA mereka sampai ke gudang yang Luth dan Yi Feng masuk semalam, manakala gudang yang satu lagi mereka serahkan semuanya pada pihak polis untuk uruskan, mereka semua diturunkan agak jauh dari markas, tak mahu orang orang Zack perasan.

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now