Special Chapter (RAYA)

7.5K 295 8
                                    

Malam Raya

KEDIAMAN dato Harith meriah dengan keluarga kecil Aaira dan Syafiqah yang sama sama bergotong royong untuk memasak rendang dan merebus ketupat untuk di jadikan juadah pagi raya esok hari.

Luth sedang sibuk membakar lemang manakala Arshad dan dato Harith sedang mengacau rendang di atas kawah.

Aaira dan Syafiqah berada di dapur membakar kuih raya sementara Inayah dan Ammar tidur di bilik atas

"pergh sedap gila Aaira biskut chip coklat ni, tak sia sia kita ambil resepi dekat google" puji Syafiqah sambil menunjukkan thumbs up.

Aaira turut mengambil sekeping dan masukkan ke dalam mulut "ermm sedapnya, coklat dia cair dalam mulut" terpejam pejam mata Aaira apabila dia mengunyah biskut itu

"Aaira, anak kamu dah bangun dekat atas" panggil datin Haisyah

"ye ma kejap Aaira naik, kau tolong tengokkan biskut dalam oven tu, aku naik atas kejap" Syafiqah mengangguk

"Aaira alang alang kau naik atas tu tolong tengokkan Inayah sekali" pesan Iqa

"okay" jawab Aaira kemudian dia terus menuju ke tingkat atas, dia membuka pintu bilik dan melihat Luth sudah berada di atas katil mendodoikan Ammar

"aikk macam mana abang tahu Ammar dah bangun?" soal Aaira

"kebetulan abang nak solat isyak tadi tu yang nampak mata anak kita dah celik" terang Luth.

Aaira teringat pesan Syafiqah untuk melihat keadaan Inayah di bilik sebelah "abang tolong tengokkan Ammar sekejap ya saya nak pergi bilik sebelah tengok Inayah"

selepas mendapat persetujuan daripada Luth, Aaira terus ke bilik sebelah.

Perlahan lahan dia membuka pintu bilik dan berjalan ke katil bayi yang menempatkan Inayah.

Melihat Inayah yang tidur nyenyak seperti tiada tanda tanda mahu bangun, Aaira membuat keputusan untuk keluar dari bilik tersebut, dia menuju semula ke bilik tidurnya

"kalau abang nak solat pergi la, biar Aaira jaga Ammar" Luth mengangguk, dia terus menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk.

Selepas menidurkan Ammar, Aaira cepat cepat turun semula ke dapur, kesian pula rasanya dia meninggalkan Syafiqah sorang sorang di dapur padahal sahabatnya itu tetamu dalam rumah ini.

Selepas solat isyak tadi Luth juga terus turun semula untuk melihat lemang di luar rumah

"ehh dah siap ke?" tanya Aaira bila melihat Syafiqah sudah memasukkan biskut biskut ke dalam balang kuih

"haah dah nak siap tinggal lagi satu jenis kuih dalam oven tu tengah bakar" jawab Syafiqah

"cepatnya" Aaira duduk bersebelahan dengan Syafiqah untuk membantu sahabatnya memasukkan kuih ke dalam balang














DALAM tak sedar jam sudah menunjukkan ke angka 12, barulah semuanya selesai.

Setelah memastikan semua makanan ditutup dengan rapi barulah Aaira, Syafiqah dan datin Haisyah naik ke bilik masing masing

"abang tak tidur lagi?" tanya Aaira kepada Luth sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik, suaminya sedang leka membaca buku ilmiah di atas katil

"belum, abang tunggu Aaira" dengar sahaja suara Aaira, Luth menutup buku yang dia baca

"jomlah tidur dah jauh malam ni nanti lambat pula bangun nanti" ajak Luth bila melihat isterinya hanya berdiri di sisi katil.

Aaira perlahan lahan naik ke atas katil dia pun sebenarnya dah mengantuk daripada pagi tadi mereka semua sibuk membuat persiapan membeli bahan bahan untuk membuat rendang dan lemang.

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now