CLH 49 (NV)

23K 962 135
                                    


PUAN Haliza sedang memasak makan malam di bantu Lara yang pulang menjenguknya di kampung

"Luth ada telefon ibu tadi katanya dia di hantar ke misi gempa sama dengan Aaira" kata puan Haliza

"ouhh, yeke ibu, bila dia gerak?" Lana menyoal namun matanya tetap fokus mengaul kari daging di dalam periuk 

"tengah hari tadi. Luth cerita dengan ibu, dia yang minta supaya di hantar ke sana sebab Aaira"

"alahaiii anak ibu tu sejak dah kahwin, manja dia potong kaki, tak boleh berpisah dengan isteri" usik Lana

"tapi ibu risau dengan mereka berdua, kita sendiri tak tahu keadaan dekat sana macam mana" puan Haliza meluahkan kegusaran di hati

"inshaallah anak dengan menantu ibu selamat dekat sana lagipun berita ada cakap yang jangkaan untuk gegaran kedua berlaku agak mustahil, kita doakan sahaja mereka berdua dapat laksanakan tanggungjawab dekat sana dengan baik dan cepat cepat pulang" Lana memeluk bahu ibunya

"lauk dah siap masak ni ibu, Lana nak senduk lauk dalam mangkuk lepastu nak naik panggil Izzat dengan cucu kesayangan ibu tu"

"kalau macam tu kamu pergi la panggil mereka berdua biar ibu yang sendukkan lauk, kesian cucu ibu tu dari tadi mengadu dah lapar" lucu bila teringat semula telatah Akif tadi yang mengadu lapar sambil mengusap perut yang agak sedikit buncit

"kalau macam tu Lana naik dulu" belum sempat Lana berlalu mangkuk yang di bawa puan Haliza jatuh dan pecah

"ibu!" Lana pantas berlari mendekati puan Haliza

"ibu okay tak" puan Haliza mengangguk

"ibu okay cuma mungkin tangan ibu licin lepas basuh pinggan tadi" puan Haliza ingin mengutip sisa kaca di atas lantai namun di tegah keras oleh Lana

"eh ibu, jangan kutip. Biar Lana ambil penyapu dengan pengaut sampah, ibu duduk dulu" puan Haliza duduk di meja makan.

Timbul perasaan kurang enak dalam hatinya 'ya Allah kau pelihara la anak dan menantu ku, moga mereka sentiasa dalam lindungan dan rahmat MU ya Rabb'






JAM hampir menunjukkan ke angka 12 tengah malam, Aaira yang baru selesai memeriksa pesakit mula duduk merehatkan badan yang agak lelah, pinggangnya di urut perlahan, kepalanya juga agak sedikit sakit

"Aaira, kau okay tak?" Darren mendekati sahabatnya yang kelihatan kurang sihat, dia berlutut di hadapan Aaira untuk melihat keadaan sahabatnya

"aku okay cuma penat sikit" perlahan suaranya

"kalau macam tu kau pergi la baring ke rehat dekat katil belakang, pucat aku tengok muka kau" Aaira geleng perlahan

"tak apa la nanti apa pula orang cakap, kita datang sini ada tugas" Darren mengeluh perlahan, Aaira ni memang keras kepala kalau A yang di cakap maka A la jawabnya

"kalau macam tu kau duduk je sini, biar aku yang sambung check patient " Darren bangun, dalam masa yang sama bunyi suara bising dari luar buatkan Darren dan Aaira pantas bangun

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now