CLH 23

22.3K 1K 178
                                    


"MACAM tu je lah ceritanya?" malam itu Aaira menceritakan kejadian tengah hari tadi.

Aaira menganggukan kepala

"tu je, kau tak ada luahkan perasaan kau dekat dia ke? come on Aaira kita lagi enam hari je tau dekat sini" hanya keluhah yang mampu di balas, takkan tiba tiba nak confess

"kau cakap senang lah yang nak kena hadap aku, buatnya dia reject aku, mahu setahun aku tak jejak kaki dekat kem, bagi aku masa" dia kena siap sedia dari segi mental dan fizikal sebelum nak meluahkan perasaan pada Luth.

Nanti bila dia dah bersedia, dia akan terima apa pun jawapan dari Luth

"hmm betul juga, aku tak nak kau frust nanti, take your time" Syafiqah sentiasa menyokong apa pun keputusan Aaira















"BEST tak lunch dengan doktor Aaira" Arshad membuka bicara ketika mereka sedang menikmati maggi cup yang dibeli oleh Luth sewaktu pulang dari kerja tadi.

Kedua dua mereka malas nak keluar makan di kedai, Arshad pula bagi cadangan untuk makan maggi malam ini.

"mana kau tahu aku lunch dengan Aaira?" nak tercekik maggi yang Arshad kunyah, entah macam mana dia boleh terlepas cakap

"Syafiqah ada cerita dekat aku heheheh" Arshad bohong sunat

"ouhhh keluar macam biasa je la, kenapa kau tanya?" macam ada yang tak kena

"kau tak ada apa apa perasaan ke pada Aaira?" soalan Luth dibalas soalan

"ha suka? aku mana kenal sangat Aaira tu, macam mana lah aku nak suka dia. Bukan selalu jumpa, kebetulan dia bertugas 2 minggu dekat sini" balas Luth selamba.

Arshad meggelengkan kepala mendegar jawapan Luth, dasar lambat tangkap betul mamat ni

"katakan Aaira tu suka kau, apa kau nak buat?" Arshad saja menduga

"soalan kau ni makin merepek, tak tahu lah shad, aku ni mana rapat sangat dengan perempuan selain daripada kakak dengan adik aku" jawapan selamat lagipun memang itu kenyataannya, dia mana rapat dengan mana mana wanita selain ibu, kakak dan adik perempuannya

"ini lah masanya kau cuba sesuaikan diri dengan perempuan, sampai bila kau nak malu, kalau macam ni sampai bila bila kau takkan khawin" Luth diam, dia memikirkan apa yang Arshad cakap tadi tapi bagi dia belum masanya lagi untuk fikirkan soal ni

"malas lah aku nak fikir, lagipun aku tak terdesak lagi nak khawin, lain lah macam kau, mak kau tu dah bising bila anak teruna dia ni nak khawin. Daripada kau sibuk soal aku baik kau fikir macam mana nak jawab dengan mak kau kalau dia call tanya soal jodoh lagi" tersedak Arshad yang sedang menghirup kuah maggi cup

"kau ni kan, buat apa la kau ingatkan aku pasal ni, hilang selera aku nak makan" Arshad menolak maggi cup ke tengah meja seolah olah hilang selera, bila Luth tengok maggi dengan kuahnya sekali semua habis licin, tak tinggal sisa.

Konon tak ada selera padahal dah habis, Luth menggeleng

















HARI ini merupakan hari ketiga terakhir Aaira dan Syafiqah bertugas.

Sejak kejadian dia makan tengah hari dengan Luth, Aaira dah mula jadi stalker,

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now