CLH 25

21.7K 989 15
                                    


HARI ini, Aaira datang awal ke hospital selepas 2 minggu bertugas di luar.

Akhirnya dia kembali semula ke sini, dia menghidu bau bauan hospital, sungguh dia rindu

"oh my g.o.d look who's back, Aaira rindu gila aku dengan kau" Darren menegur sebaik sahaja mereka terserempak di tempat punch card, ton suara lelaki itu seakan akan lelaki lembut

"itu la aku rindu dekat kau juga, dah lama tak buli this mr Darren" Aaira membalas Darren dalam nada bergurau

"ish kau ni main main pula" Darren membuat muka

"hahahah...aku rasa aku mesti sampai dulu dari Iqa kan" belum sempat Darren membalas, ada orang batuk di belakang Aaira

"amboi kau punya cakap tak toleh kiri kanan" muncul Syafiqah bersama Hafiz

"lahh kau dah sampai ke? Aku baru nak pecah rekod sampai dulu dari kau" Syafiqah balas dengan gelak yang boleh  bergegar bangunan hospital ini.

Nasib baik tempat punch card ini agak tersorok kalau tak buat malu saja pada orang yang lalu lalang

"jangan harap lahh Aaira, aku mesti akan sampai dulu dari kau. Sampai je tadi aku terus nampak Hafiz keluar dari kereta terus kitaorang punch card sama sama lepastu sarapan dekat cafe" cerita Syafiqah

"ouhhh..ehh Hafiz senyap je kau dari tadi, gaduh dengan girlfriend ke?" Aaira mengerut kening, jarang Hafiz bisu dan mukanya nampak tak ceria

"biasa lah dia Aaira, baru 2 bulan in relationship macam macam dugaan datang" Syafiqah mewakili Hafiz, dia dah tahu sebab tadi Hafiz cerita tentang teman wanita  yang tak faham waktu kerja Hafiz. Asyik nak on time kalau  reply whatsapp,

nampak sangat wanita itu tak matang dan tidak memahami tugas Hafiz sebagai seorang doktor

"baru 2 bulan dah gaduh? Tak faham aku" Aaira sendiri bingung

"ya Aaira, aku dah suruh putus dia tak nak, sayang sangat dekat girlfriend 2 bulan dia" perli Syafiqah, senang je perempuan ni cakap mentang mentang dia tak ada boyfriend

"cakap senang lah Iqa, kau tu tak ada boyfriend mana nak faham orang in relationship macam aku ni" akhirnya keluar juga suara emas Hafiz itu pun kerana nak membela teman wanitanya

"memang lah aku tak ada hubungan macam tu tapi aku ni boleh juga fikir, kalau dia masih tak faham tugas kita sekarang, kau rasa kalau dia jadi isteri kau macam mana pula" Hafiz terdiam bila mendengar bebelan Syafiqah

"dah lah jom kita pergi wad tunggu korang berdua habis bergaduh sampai pukul 5 kita dekat sini" Aaira mencelah,
kesian pula dia tengok Hafiz yang terkulat kulat bila Syafiqah mula keluarkan ayat pedas.














"SEBAB kau lah anak kita ada dekat dalam tu, kau ni memang tak reti nak jaga anak ke?" jerit seorang lelaki kepada seorang perempuan, membuatkan orang ramai memandang ke arah mereka.

Aaira yang kebetulan dalam perjalanan menuju ke wad mendengar bunyi bising, dia mendekati pasangan itu

"lembab, nak jaga budak kecil tu pun kau tak boleh" lelaki itu menunjal nunjal kepala isterinya

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now