CLH 13

23.4K 1.1K 43
                                    

1 bulan kemudian...

"BABE" panggil Aaira, mereka sekarang berada di sebuah restoran thai untuk makan tengah hari maklum lah harini cuti

"apa dia" balas Syafiqah yang sibuk dengan nasi goreng nenas yang dia pesan tadi

"esok teman aku pergi rumah kakak Luth Haiyyan boleh tak?" dia memang dah rancang bulan lepas nak pergi tapi bila tengok jadual yang padat dengan syif dan segala operation buatkan dia terpaksa leburkan niatnya.

kali terkahir dia cuti sewaktu dia ke rumah abang saudaranya, Hanif. Di mana dia berjumpa dengan Luth Haiyyan ketika itu lepastu cutinya disekat beberapa minggu kerana ramai doktor yang kebetulan turut mengambil cuti.

Terpaksa lah Aaira menangguhkan hajatnya untuk melawat kakak Luth Haiyyan

"esok eh?" Syafiqah meletakkan jari telunjuknya di bawah dagu gaya orang sedang berfikir

"mmmm...boleh lah" Syafiqah akhirnya bersetuju

"yess thank you babe balik nanti aku whatsapp kak Lana lepastu kalau dia ada dekat rumah, esok tengah hari aku ambil kau" kata Aaira

"lah kau baru nak bagitahu kakak Luth tu aku ingat dah cakap awal awal" Syafiqah menepuk dahi

"heheheh... aku kena lah tanya kau dulu mana tahu kau tak boleh ikut, segan pula aku nak datang sorang sorang" jawab Aaira sambil tersengih

"apa apa jela kau ni Aaira" lalu Syafiqah menyedut smoothie strawberry nya.

Lega, lepas sedut air kegemarannya buat dia hilang stress lebih lebih lagi bila tengok pemandangan di restoran kegemaran dia dan Aaira yang bertemakan taman ini. Rasa sangat selesa dan tenang














'TUK' "tuk' 'tuk' bunyi ketukan pintu mematikan perbuatan Luth yang mahu membuka telefon bimbitnya,
dia bangun dari katil dan membuka pintu bilik.

Terjengul muka captain Arshad Shah sambil tersengih

"baru habis solat ke?" tanya Arshad selepas melihat Luth yang hanya memakai t shirt biasa bersama kain pelikat

"haah baru lepas solat, asal kau datang bilik aku ni?" Luth menyoal

"ni ada budak pelatih baru suruh bagi surat ni dekat kau" Arshad menghulurkan sampul surat bewarna putih itu kepada Luth kemudian dia masuk ke dalam bilik lelaki itu

Luth Haiyyan menyambut surat itu namun dia tak berminat langsung nak buka, memang kebiasaan baginya bila pelatih muda wanita masuk ke sini mesti paling kurang pon 2 surat yang dia dapat.

Semua isinya sama, meluahkan rasa suka terhadap dirinya walaupun dia dah buat muka sehabis ketat supaya tiada pelatih yang berminat dengannya.

"untung lah kawan aku ni ramai betul peminat, aku ni langsung tak laku" Arshad memerli Luth Haiyyan

"bukan aku yang minta kalau boleh aku tak nak lah terima surat surat macam ni, buang masa je" Luth meletakkan surat yang dia terima tadi ke dalam almari

"kau ni takkan dalam ramai ramai pelatih yang minat dekat kau satu pun kau tak suka" Arshad cuba mengorek rahsia memandangkan Luth Haiyyan ini susah sangat kalau nak bercerita soal perempuan, mesti ada saja alasan dia.

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now