CLH 10

27.1K 1.2K 42
                                    

PULANG saja dari hospital, Aaira terus naik ke bilik untuk membersihkan diri kerana malam ini mereka sekeluarga akan makan malam bersama.

Jika mereka sekeluarga makan malam mesti akan kurang salah seorang sama ada dia atau abangnya kerana urusan kerja tapi hari ini semua ada.

Sebaik saja selesai mandi, Aaira turun ke dapur untuk membantu mamanya menghidangkan makan malam di atas meja

"Aaira pergi panggil abang kamu suruh dia turun makan" arah mama selepas semua makanan siap terhidang di atas meja.

Kesemua laup pauk di masak sendiri oleh datin Haisya, mama memang dah serik nak ambil pembantu rumah kerana sebelum ini duit dan barang barang kemas mama semua di bawa lari oleh bekas pembantu rumah mereka.

Selepas kejadian itu mama memang bertekad tak mahu ada pembantu rumah biar lah penat macam mana janji harta benda dalam rumah ini tidak hilang lagi

"abang mama panggil suruh turun" Aaira mengetuk pintu bilik abangnya

"ha nanti abang turun" kata Aarif.

Malas berlama lama di situ Aaira terus turun, mama dan papanya sedang berborak di meja makan.

Aaira menarik kerusi berhadapan dengan mamanya.

"mana abang kamu?" soal datin Haisya

"sekejap lagi dia turun" jawab Aaira.

Mereka berbual kosong sementara menunggu putera raja turun

"sorry lambat" Aarif menarik kerusi di sebelah Aaira

"haih kamu ni macam perempuan, lambat betul turun buat apa dalam bilik?"

"Aarif baru lepas mandi mama tu yang lambat" dia tersengih.

Datin Haisya menggelengkan kepala melihat perangai anak terunanya 

"semua dah ada, jom kita baca doa" kata dato Harith lalu dia menadah tangan membaca doa makan.

Aaira mencedukan nasi untuk semua orang dan melayan abangnya mengambilkan lauk

'mengada ngada betul' kutuk Aaira

"mama lupa nak cakap dengan kamu Aaira, kak Afiya kirim salam. Dia dah rindu dekat kamu, katanya dah lama kamu tak datang sana" kata mama

"waalaikumsalam, itu la Aaira pun dah rindu dekat kak Afiya" kak Afiya merupakan isteri kepada abang saudaranya, Hanif.

Dia memang rapat dengan kak Afiya kerana wanita itu boleh masuk dengan perangainya

"Aaira ingat minggu ni nak pergi rumah dia la" memandangkan sabtu dan ahad dia cuti, boleh la hari jumaat lepas waktu kerja dia bertolak ke Negeri Sembilan

"abang teman Aaira eh" dia mengelip ngelipkan mata

"tak boleh, abang ada kes kena pergi Johor, bermalam dekat sana" muka Aaira hampa.

Ini la nasibnya dapat abang bekerjaya sebagai seorang peguam.

Goodluck pada bakal kakak iparnya

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now