CLH 12

25.4K 1.1K 36
                                    

"JADI macam tu la ceritanya?" Syafiqah yang lebih teruja daripadanya

"ya dan aku tak sangka dapat jumpa dia lagi, rasa macam mimpi" dia masih terkejut dengan pertemuan tengah hari tadi

"untung kau kan dekat hospital dapat jumpa Luth dekat rumah abang Hanif pun muka dia ada, sayangnya aku tak ikut sekali kalau tak dapat jumpa captain Arshad" Syafiqah mula menggedik

"kau kalau suka captain Arshad tu cakap je la" kata tak suka tapi bila dia cerita pasal Arshad tadi bukan main beria

"kan aku dah kata yang aku suka tengok muka dia je, tak nak la aku kahwin dengan askar" dia bukan anti dengan askar tapi sudah banyak dia dengar kes askar yang sudah mendirikan rumah tangga ada perempuan lain.

Kejadian ini pernah terjadi pada makciknya yang merupakan seorang guru dan dia berkahwin dengan askar.

Masuk usia perkahwinan mereka yang ke lima tup tup pakciknya itu berlaku curang dengan perempuan lain, dah la perempuan itu tak bekerja.

Berkenalan dengan pakciknya pun sekadar mahu menumpang senang, akhirnya makcik dan suaminya bercerai dengan alasan tak rela di madukan

Pasangan itu di kurniakan seorang anak lelaki yang sekarang sudah berumur 21 tahun

"aku tahu apa yang kau fikirkan" suara Aaira menyentak lamunanya

"tapi tak semua macam bekas pakcik kau la Iqa, aku yakin yang curang semua tu atas kehendak mereka sendiri. Jangan la kau salahkan pekerjaan mereka pula. Mulia tahu pekerjaan askar ni, mereka la yang menjaga keamanan negara" dia tahu tentang kisah makcik dan bekas pakcik Syafiqah tapi dia kurang bersetuju bila sahabatnya mula memandang mereka sama seperti bekas pakciknya

"aku tahu tapi aku agak berjaga jaga, tak mahu pisang berbuah dua kali" ujar Syafiqah

"sudah la tu Aaira, aku nak pergi makan ni perut aku dah berbunyi" dia tak tipu memang dari tadi perutnya sudah berbunyi tapi bila dia dengar cerita Aaira terus hilang rasa lapar.

Ini tiba tiba datang balik

"pergi la makan, aku pun nak solat maghrib ni" selepas menamatkan panggilan Aaira terus ke bilik air untuk mengambil wuduk














BUKAN main bersemangat Aaira pagi ini keluar berjogging bersama abang Hanif kalau di rumah sendiri dia lebih memanfaatkan masa tidurnya daripada berjogging.

Aaira lihat ramai juga askar yang turut sama melakukan larian, dia pula naik segan bila lalu di sebelah mereka tentu mereka akan pandang tapi bukan pandang dia tapi pandang abang saudaranya. Mereka akan menundukan sedikit kepala tanda hormat.

Dapat Aaira lihat dari jauh ada sekumpulan tentera berbaris membuat kawad kaki tapi dia tak perasan yang menjadi ketua platun bagi kawad kaki itu merupakan Luth.

Luth nampak Aaira, dia hanya memerhati sehingga tubuh kecil itu hilang di sebalik pokok yang membataskan pandangannya.

Dia sambung memberi arahan kepada pelatih pelatih baru untuk meneruskan kawad kaki.

Dalam 3 round mereka berjogging, abang Hanif mengajak Aaira bersarapan.

Mereka terus mengambil tempat duduk

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now