CLH 43

22.7K 875 47
                                    


AAIRA menitiskan air mata kerana
hari ini Luth bakal pulang ke kem selepas mereka balik dari berbulan madu semalam.

Dia yang sedang mengemas baju Luth mrngusap perlahan t shirt milik suaminya, kedengaran bunyi pintu bilik dibuka, cepat cepat Aaira mengesat air mata.

Mesti Luth, sebab tadi dia keluar ambil barang yang tertinggal dalam kereta.

Aaira tak nak Luth lihat dia menangis tapi Luth terlebih dahulu  menangkap Aaira sedang mengesat air mata menggunakan hujung lengan baju,
dia datang dan duduk di belakang Aaira yang pura pura menyibukkan diri, walaupun sudah ditegah namun Aaira tetap bertegas nak mengemas beg Luth.

Luth akur dan membiarkan Aaira melipat dan mengemas bajunya.

Aaira pusing menghadap Luth "ni je kan baju awak? ada lagi tak?" Aaira bereaksi biasa.

Luth tak menjawab, mata Aaira di tatap lama, dia dapat lihat mata itu sudah bertakung air, tangan besarnya melekap  pada pipi Aaira

"Aaira jangan lah macam ni, tak sedap hati pula saya nak balik" Luth mengusap pipi Aaira lembut, terus air mata yang di tahan tadi jatuh dengan lebat

"saya okay cuma sedih sikit, rasa macam sekejap pula masa kita bersama" Luth mengesat air mata isterinya

"tak apa nanti hari minggu saya balik sini, tak lama 5 hari lagi" Luth memasukkan Aaira ke dalam pelukan.

Tipu kalau dia juga tak sedih ingin berpisah dengan Aaira tapi nak buat macam mana tempoh cutinya sudah tamat, esok dia kena masuk bertugas.
Mereka berpelukan sehingga tangisan Aaira reda.

"dah jangan sedih sedih" Luth mengesat saki baki air mata yang mengalir di pipi Aaira

"saya dah siapkan baju awak, awak nak gerak bila?" tanya Aaira selepas tangisannya sudah reda, dia menarik zip luggage bag tersebut

"saya dah nak gerak" dia bangun dan membawa begnya turun dari katil.

Aaira senyap, sudah tiba masa mereka berpisah kerana tugas

"jom, teman saya turun ke kereta" Luth menghulurkan tangan pada Aaira yang sedang termenung.

Aaira menyambut perlahan tangan suaminya, mereka beriringan turun ke bawah

"nak balik dah Luth?" tanya dato Harith.

Ketika ini dia dan isterinya, datin Haisya sedang berehat di ruang tamu

"haah pa, Luth dah nak balik" Luth berjalan ke arah bapa mertuanya,
tangan itu di cium hormat, dia membuat perkara yang sama pada ibu mertuanya

"hati hati jalan, bawa kereta elok elok" pesan datin Haisya pada menantunya

"baik ma, Luth gerak dulu" selepas mendapat anggukan dari kedua mertua, dia dan Aaira berjalan menuju ke pintu utama.

Luth membuka bonet toyota vios nya untuk memasukkan beg, kemudian dia menoleh pada isterinya yang kelihatan muram dan nampak tak ceria seperti selalu.

Dia memeluk Aaira, menyadarkan kepala isterinya di dada,  pelukan Luth di balas erat, dia rasa tenang setiap kali berada dalam pelukan itu

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Där berättelser lever. Upptäck nu