CLH 9

25.2K 1.3K 156
                                    

AAIRA yang bersandar pada loker tadi cepat cepat tersedar dia sekarang berada di hospital tidak sepatutnya dia terbawa bawa perasaan sedih di sini.

Kemudian Aaira membuka pintu loker dan mengambil kot doktor kembali, dia menyarungkan ke badan tak lupa juga sapu tangan milik Luth Haiyyan itu dimasukkan ke dalam poket.

Dia berjalan keluar dari bilik loker untuk menyambung tugasnya semula












SELEPAS memeriksa pesakit di wad, Aaira menerima panggilan telefon dari nurse daripada bilik pembedahan yang mengatakan bahawa puan Haliza sudah sedar dan minta Aaira untuk memeriksa keadaan ibu kepada Luth Haiyyan itu.

Aaira masuk ke dalam lif dan menekan butang ke tingkat dimana aras bagi bilik pembedahan.

Sampai sahaja di sana terus dia masuk ke dalam bilik pembedahan kerana tiada seorang pun ahli keluarga yang menunggu di luar

'mungkin pergi minum di cafe' Aaira beranggapan sendiri.

Katil puan Haliza di tuju, dia lihat wanita itu sudah mencelikkan mata.

Senyum di hadiahkan pada wanita yang sebaya mamanya dan wanita itu membalas senyumannya ikhlas

"macam mana keadaan puan sekarang, okay?" tanya Aaira lembut

"saya okay cuma tula sakit sikit dekat bahagian perut ni" adu puan Haliza

"ouhh... itu perkara biasa lepas je habis ubat bius memang akan rasa sakit sikit" terang Aaira

"selain daripada tu puan ada rasa sakit dekat mana mana bahagian lagi tak? sambungnya lagi

"tak ada doktor" jawab puan Haliza singkat

"alhamdulillah kalau tak ada apa apa nanti kami akan pindahkan puan ke wad biasa, puan akan duduk di sini dalam 1 ke 2 hari lepastu kalau luka daripada pembedahan dah okay puan boleh balik" terang Aaira

"baiklah doktor, terima kasih" puan Haliza mengucapkan terima kasih kepada doktor muda itu

"sama sama" selepas Aaira menjawab, dia terus keluar dari bilik tersebut untuk memaklumkan kepada ahli keluarga tentang pemindahan puan Haliza ke wad biasa.

Dia lihat Luth Haiyyan sedang duduk di sebuah kerusi dan memegang telefon bimbit terus dia mendekati lelaki itu

"encik" panggilnya

Luth Haiyyan angkat kepala dan memandang wanita yang sedang berdiri di hadapnnya

"ya doktor macam mana dengan ibu saya?" tanya Luth Haiyyan terus dia bangun dari duduknya

"alhamdulillah ibu encik dah sedar, dia tak ada alami apa apa masalah jadi kami akan pindahkan ibu encik ke wad biasa" terang Aaira

"alhamdulillah jadi saya dah boleh melawat ibu saya ke doktor?" soal Luth

"boleh" ringkas jawapan Aaira.

Namun sebelum lelaki itu masuk ke dalam Aaira sempat memanggil "Luth Haiyyan!" lelaki itu berhenti tapi tak menoleh

"awak dah tak ingat saya ke? kita sama sama dekat Thailand dua bulan lepas"Aaira mendekati Luth Haiyyan dan melihat wajah tersebut.

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now