CLH 8

26.1K 1.3K 67
                                    


TENGAH hari itu, sebaik sahaja selesai membawa pesakit yang cedera ke hospital terus Aaira dan yang lain berkemas untuk pulang.

"Aaira" panggil Bifern

lalu Aaira menoleh untuk melihat siapa yang memanggilnya "yes"

'bifern rupanya' kata Aaira dalam hati

"you know we've been friend since you and Iqa arrived here, if you don't mind can you give me you instagram name so we can always keep in touch with each other" kata Bifern

"of course" Aaira bebesar hati

Bifern menghulurkan telefonnya kepada Aaira terus Aaira menekan keypad untuk menaip instagramnya

"don't forget Iqa's instagram too" kata Bifern lalu Aaira hanya balas dengan anggukan

"done" kata Aaira lalu dia menghulurkan semula telefon pada Bifern

"I hope someday we can meet again Aaira, I really mean it" suara Bifern mula berubah sedih

"me too Bifern" selepas itu terus Bifern memeluk Aaira buat kali terakhir

"take care okay and stay safe" pesan Bifern

Aaira membalas pelukan Bifern dan berkata "I will and take care too"










SELEPAS mengucapkan selamat tinggal pada penduduk kampung dan semua doktor di sini terus mereka bergerak ke kawasan lapang sewaktu mereka mula mula sampai ke kampung beberapa hari yang lepas.

Aaira tercari cari kelibat captain Luth Haiyyan tapi bayang lelaki itu tidak kelihatan bukan Luth Haiyyan sahaja malah kelibat leftenan Ziyad dan captain Arshad Shah juga tiada

"kau cari apa? tertoleh toleh" tanya Syafiqah semasa mereka dalam perjalanan ke kawasan lapang

"aku cari captain Luth lah dengan Ziyad dan Arshad" jawab Aaira saja dia menambah nama lagi dua orang lelaki itu taknak Syafiqah syak apa apa

"lahhhh kau tak tahu ke diaorang kan dah gerak dulu lepas je kita semua sampai dekat kampung, ada hal katanya" cerita Syafiqah

"mana kau tahu?" Aaira tertanya tanya

"masa diaorang nak pergi tadi aku terserempak dengan Ziyad tu yang dia bagitahu" balas Syafiqah

"ouhh" Aaira sedikit hampa selepas mendengarnya, tidak sempat dia mengucapkan selamat tinggal kepada lelaki itu dan sapu tangan yang berada dalam gengamannya juga tidak sempat dipulangkan

'tak apa lah sekurang kurangnya ada juga kenangan yang aku boleh simpan'  ucap Aaira












2 bulan kemudian

"doktor Aaira sudah sudah lah tu buat kerja dah masuk waktu lunch ni, aku tengok sejak balik dari Thailand kau jadi makin busy pula. Selalu kau lah orang paling laju tunggu aku kalau masuk waktu lunch, ni dah terbalik aku pula kena tunggu kau" panjang lebar Syafiqah bercakap

"ouhh dah masuk waktu lunch ke? Bagi aku 1 minit" Aaira mengambil telefon bimbit dan beg tangan.

Kemudian mereka sama sama menuju ke kafe untuk menjamu selera

"Aaira,Iqa sini" panggil Darren yang kebetulan sedang makan bersama Hafiz

"lambat korang turun harini selalu aku dengan Hafiz nampak muka korang tapi harini tak ada pula, ingatkan korang puasa ganti" mula mula dia agak pelik lepas ambil makanan tadi selalu dia sudah nampak batang hidung Syafiqah dan Aaira

"puasa ganti apanya, doktor Aaira Nasrin ni boleh pula dia tak tengok jam, last last aku juga yang kena menjemput dia datang sini" perli Syafiqah

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now