CLH 29

21.1K 983 53
                                    

"WAH, cantiknya bangunan warna merah ni" kata Iqa apabila mereka melalui bangunan bewarna merah atau nama bersejarahnya bangunan Stadthuys yang menjadi salah satu tarikan pelancong di melaka

"tapi ya allah bukan main ramai lagi orang dekat sini" sambung Aaira apabila melihat agak sesak tempat tersebut dengan para pelancong

"haah, dekat sini memang sesak sikit sebab ada yang berhenti nak ambil gambar, nak ke muzium, yang nak panjat bukit st. paul  dekat bahagian belakang sana tu pun ada" terang puan Haliza, sudah seperti pemandu pelancong.

Kereta Aaira terus melepasi bangunan merah itu, sepanjang mereka dalam perjalanan menuju ke sebuah mall, banyak tempat menarik yang mereka lalui membuat Aaira dan Syafiqah kagum bila melihatnya, tapi satu jela yang mereka kurang berkenan, banyak lampu isyarat, itu yang agaknya orang melaka ni banyak merungut bila nak ke tempat kerja kerana banyak traffic light yang perlu mereka tempuh.

Lebih kurang 15 minit perjalanan, mereka akhirnya tiba di sebuah mall, selepas mendapat parking mereka terus masuk ke dalam mall tersebut.

Mereka saja datang ke sini untuk cuci cuci mata sekaligus membawa puan Haliza berjalan jalan, Syafiqah menarik Aaira masuk ke sebuah butik beg tangan yang berjenama, saja nak melihat beg tangan paling latest.

Aaira berkenan dengan satu beg tangan ni tapi dia baru beli beg tangan 2 minggu lepas yang sedang dia pakai sekarang, disebabkan terlampau suka dengan beg itu dia membelikan untuk puan Haliza dan akan diberikan kepada wanita itu semasa mereka pulang esok sebagai buah tangan kerana sudi menerima kedatangan Aaira dan Syafiqah.

Puas berjalan jalan, mereka menuju ke sebuah restoran mi tarik sementara menunggu pesanan tiba, mereka berbual bual kosong

"katakan lah Aaira tak ada jodoh dengan Luth, hubungan kita masih akan sama macam ni kan?" soal puan Haliza tiba tiba, dia takut jika Luth tidak memilih Aaira hubungan mereka bakal renggang.

Dia sudah mula sayang Aaira seperti anaknya, peribadi wanita ini sangat dia kagumi kerana pandai mengambil hati tuanya

"ya allah mesti lah makcik walaupun satu hari nanti Aaira dengan orang lain dan Luth juga dengan orang lain. Aaira tetap akan sayang makcik macam ibu Aaira sendiri, makcik jangan lah risau" kata kata Aaira meyakinkan dirinya juga untuk tetap meneruskan hubungan baik dengan puan Haliza andai kata tiada jodoh antara dia dan Luth Haiyyan.

Lega hati puan Haliza mendengar bila Aaira menjawab soalannya dengan penuh keyakinan

"Syafiqah pun jangan berani berani putuskan hubungan dengan makcik ya"

"iya makcik insyallah" jawab Syafiqah ringkas sambil tertawa kecil dengan ugutan puan Haliza

malam itu...

AAIRA dan Syafiqah berjalan kaki ke sungai melaka, puan Haliza pula tidak ikut kerana kakinya yang lenguh seharian berjalan 

"cantiknya Aaira sungai bila waktu malam, banyak betul lampu lampu" Syafiqah mengeluarkan telefon dari dalam poket seluar dan mengambil ig story.

Aaira turut membuat perkara yang sama.

Mereka duduk di bangku yang disediakan untuk  menikmati sungai dan bot yang membawa pelancong bersiar siar di sungai melaka

"mesti seronok kan orang yang duduk dekat sekitar sini, kalau stress datang je sini untuk tenangkan fikiran" kata Aaira sambil menikmati pemandangan

"aku pun rasa macam tu, kan best kalau kita duduk sini, lepas habis kerja je terus pergi dekat sini nikmati pemandangan sungai lagipun orang orang yang naik bot ni peramah" betul kata Syafiqah kerana tadi ada satu bot yang penumpangnya melambai ke arah mereka,

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora