Special Chapter (RAMADAN)

7.6K 356 4
                                    


"MUHAMMAD Luth Ammar kan ayah dah pesan tadi jangan lari" Luth menegur anaknya yang berlari masuk ke dalam mall

Aaira yang melihat Luth mengejar Ammar ke sana sini tersenyum sendiri.

Harini mereka keluar membeli barang dapur untuk membuat persiapan bagi menyambut bulan ramadhan pada esok hari

Aaira berjalan untuk menyaingi langkah suami dan anaknya selepas Luth berjaya mengendong Ammar.

Macam itu la perangai anak sulung mereka bila dah dapat kaki, baru 1 tahun 7 bulan tapi aktif Ammar lain macam sampai dia dan Luth penat melayan keranah anak mereka tapi bila Ammar tak ada di rumah kalau mama dan papa Aaira bawa ke kuala lumpur, mereka rasa sunyi pula

"sayang menungkan apa, dari tadi abang panggil tapi sayang tak dengar" terhenti lamunan Aaira bila ditegur Luth

"heheheh...sorry abang, Aaira berangan pula" Luth tersenyum

nasib baik isteri.

"abang minta tolong Aaira ambilkan troli dekat sana sebab abang tengah dukung Ammar" ulang Luth

"ouhh... kejap saya ambil" Aaira berjalan ke arah tempat letak troli dan mengambil sebuah troli untuk mereka mengisi barang dapur nanti.

Ammar yang masih dalam dukungan Luth meronta ronta mahu turun

"ya ayah turunkan tapi kena pegang tangan, dekat sini ramai" pesan Luth pada anaknya.

Ammar yang seakan akan faham memegang tangan ayahnya, dia tersenyum senang

"sayang nak cari apa? biar abang tolong" Luth menawarkan diri untuk membantu Aaira mencari barang dapur

"tolong carikan saya tepung dengan gula" Luth mengangguk

"okay kejap lagi abang datang sini balik, sayang jangan pergi mana mana" pesan Luth

"iya" Aaira tersenyum, dulu pernah terjadi dia suruh Luth ambilkan barang dan bila Luth sampai hanya troli sahaja yang ada Aaira dan Ammar hilang.

Puas Luth cari di sekitar situ rupa rupanya Aaira pergi mengambil kicap sambil mengendong Ammar, muka Luth masa tu jangan cakap, riak risau di wajahnya nampak ketara sampai berpeluh peluh dalam pasaraya tu walaupun ada aircond.

Sejak itu setiap kali keluar beli barang dapur Luth akan pesan siap siap dekat Aaira supaya jangan pergi mana mana dan tunggu di tempat yang sama.

Satu jam kemudian mereka ke kaunter untuk membuat pembayaran,
penuh satu troli dengan barang barang keperluan dapur serta pampers dan susu untuk Ammar.

Selesai sahaja membuat pembayaran Luth bertanya pada Aaira "sayang nak makan tengah hari dekat mana?"

"ermmm dekat food court je la abang, Aaira nak makan nasi ayam black paper dekat sana" Luth membalas dengan anggukkan, mereka bertiga terus menuju ke food court di tingkat satu l.

Aaira dan Ammar menunggu di meja manakala Luth memesan makanan untuk mereka bertiga.

Aaira rasa beruntung kerana mendapat suami seperti Luth, lelaki itu banyak memberikan kerjasama dalam perihal rumah tangga macam sekarang Aaira duduk dan menjaga Ammar.

Luth pula pergi membeli makanan, memang itulah rutin mereka kalau makan di luar.

Akhirnya semua pesanan yang dipesan oleh Luth sudah terhidang di depan mata.

Aaira orang pertama yang akan makan manakala Luth pula menyuap Ammar bubur yang di pesan. Selepas Aaira selesai makan, mereka bertukar posisi Aaira pula yang menyuapkan Ammar bubur dan giliran Luth pula yang mengisi perut

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now