CLH 19

21.8K 1K 43
                                    


SEWAKTU pencuri itu menjatuhkan pisau dari pinggang Aaira, dia memberi isyarat kepada Syafiqah untuk cuba meloloskan diri.

Nasib baik otak Syafiqah berhubung di waktu genting begini, wanita itu mengelipkan mata dua kali tanda dia faham.

Aaira pura pura mencari dompet di dalam beg tangan dan kesempatan itu di ambil Syafiqah dengan mengigit lengan lelaki yang menghunuskan pisau ke lehernya di tambah dengan menumbuk muka lelaki yang bertopeng itu.

Manakala Aaira menendang bahagian sensitif lelaki yang di sebelahnya, dia menjerit sekuat hati "tolong!!!".

Dia bergerak ke arah Syafiqah dan berundur perlahan lahan sambil memegang erat tangan Syafiqah kerana dua orang lelaki itu sedang maju ke arah mereka perlahan lahan

"berani kau bodohkan kitaorang memang malam ni aku hantar kau berdua terus masuk kubur" kemudian dua orang lelaki itu berlari mendekati Aaira dan Syafiqah untuk menikam mereka berdua menggunakan pisau,

namun tidak berjaya kerana Luth dan Arshad datang tepat pada masanya, mereka berdiri di hadapan Aaira Nasrin dan Syafiqah Hani.

mereka menahan pisau itu dan Arshad menumbuk perut lelaki itu manakala Luth menendang perut lelaki seorang lagi dan menumbuk mukanya sekaligus.

Lelaki yanng ditumbuk oleh Luth tadi telah pengsan cuma tinggal lelaki yang satu lagi, dia masih bertahan.

Lelaki yang bertopeng itu kian gentar saat melihat rakannya telah tumbang, dia kemudian menjerit dan berlari ke arah Arshad untuk menikamnya,

tindakan Luth lebih pantas, dia kemudian menendang tangan kanan lelaki yang sedang mengengam pisau itu, kemudian Arshad Shah menambah dengan memberi tendangan padu pada muka lelaki tak guna itu

"tolong sesiapa call polis" pinta Arshad kerana pelanggan yang berada di kedai makan semuanya telah keluar menyaksikan kejadian ini, mungkin selepas mendengar jeritan Aaira yang nyaring tadi.

Luth pantas mendekati Aaira dan Syafiqah yang sedang memeluk antara satu sama lain

"doktor Aaira dengan doktor Syafiqah okay tak? ada cedera dekat mana mana?" soal Luth prihatin, mereka melepaskan pelukan.

Aaira menjawab "kitaorang okay cuma terkejut sikit" dia tersenyum tawar.

Dalam beberapa minit menunggu ketibaan anggota polis,  Aaira dan Syafiqah diberi air kosong oleh pekerja kedai makan itu

"terima kasih ya dik" Aaira tersenyum seraya menyambut cawan dari tangan pekerja tersebut

"sama sama kak"

Tak lama kemudian sebuah kereta polis berhenti di seberang jalan, mereka diminta untuk ke balai polis bagi memberi keterangan tentang kejadian yang terjadi.

Aaira dan Syafiqah mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi menolong mereka.

Luth memandang Aaira dan Syafiqah yang menuju ke arahnya manakala Arshad mengikut langkah dua orang gadis di belakang kerana menemani mereka berdua berjumpa dengan pegawai polis.

"terima kasih captain Luth dan Arshad sebab tolong kami dan sudi temankan kami berdua ke balai polis, kalau tak ada awak berdua tak tahu lah apa yang akan jadi pada saya dan Aaira" Syafiqah sebagai wakil mengucapkan terima kasih pada Luth dan Arshad

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now