CLH 45 (NV)

24.4K 908 58
                                    

"KALAU abang ada dekat situ memang tak selamat perempuan tu" kejadia di hospital tadi Aaira ceritakan pada Aarif, memang geram la si abang bila adiknya di persalahkan.

"tak apa la abang, Aaira faham Irma tu tengah beremosi, dia hilang satu satunya abang dan adik beradik yang dia ada" jawab Aaira

"papa pun tak marahkan Irma bila Aaira cakap budak tu nampak muda, emosi orang muda ni kadang kadang tak stabil" Aarif memandang papanya, dia tahu dato Harith memang mudah lembut hati tapi dia tetap tidak bersetuju dengan hujah itu

"dari muda la kita kena belajar kawal emosi pa, papa juga yang ajar Aarif dan Aaira dulu macam mana nak kawal emosi" ujar Aarif

"kalau jadi lagi kejadian macam petang tadi dan Luth tak ada, kau panggil je abang" sikap protektif Aarif akan keluar bila adiknya di buli.

Aaira hanya menggeleng kepala bila mendengar bicara Aarif

"sudah la tu Aarif. Aaira dengan Luth pergi la naik tidur, kesian Luth penat memandu petang tadi" datin Haisya bersuara

"kami naik dulu ya" Aaira meminta diri dan mereka berdua melangkah ke bilik tidur di tingkat atas








"SAYANG" Luth mendekati Aaira yang sedang menghadap tablet dia atas katil

"ya" Aaira yang sedang menonton drama mengalihkan perhatian pada suaminya. 

Luth melabuhkan punggung di sebelah, riak wajahnya tampak serius

"saya nak berbincang dengan Aaira sikit boleh?" Aaira mengerutkan dahi, dia mula beralih menghadap Luth di sisi

"bincang apa pula?" dia lihat Luth teragak agak untuk membuka suara. Suaminya memandang ke bawah

"Luth" tangan di tekapkan pada pipi Luth dan mendongakkan kepala sang suami supaya menghadapnya

"kenapa ni, awak ada masalah ke" lembut Aaira menyoal.

Tangan Aaira yang melekap di pipi, di bawa ke dalam genggaman 

"kalau saya minta Aaira buat permohonan untuk pindah ke hospital dekat dengan kem saya, sayang sudi tak?" selepas menimbang tara perkara ini selama beberapa hari, akhirnya Luth menyatakan hasratnya.

Aaira diam membisu, selepas 5 hari berjauhan dengan Luth, serasa tak tertanggung rindu ini. Dia juga ada memikirkan soal ini

"sebenarnya saya ada terfikir nak buat permohonan untuk pertukaran hospital, tapi saya kena berbincang dengan housemen dulu" Luth menghembuskan nafas lega, dia ingat Aaira akan marah.

Dia tahu sukar untuk Aaira membuat keputusan ini. Meninggalkan sahabat dan keluarga di sini namun dia tiada pilihan, dia pernah membuat permohonan untuk berpindah sebelum kahwin haritu namun permohonanya di tolak

"Aaira marahkan saya?" Aaira tersenyum seraya menggelangkan kepala

"tak sebab saya tahu suami saya ni tak boleh nak berjauhan dengan saya kan" Aaira tersenyum nakal, hidung Luth di cuit manja 

"saya nak upah"

"upah?" Luth menyoal

"yela sebagai balasan sebab saya sudi buat pengorbanan untuk awak" sebaik sahaja dia selesai berbicara tiba tiba Luth memberikannya ciuman di pipi

"cukup tak?" wajah Luth membahang.

Dia mendengar suara Aaira ketawa mengekek

"dia ada buat benda kelakar ke sampai macam tu sekali Aaira ketawa

"sayang...bukan upah tu la yang saya maksudkan" pipi Luth di cubit geram

"habistu" wajah polos di tayang

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now