CLH 42

21.7K 918 51
                                    


AAIRA dan Luth sekarang berada di sebuah kedai cenderamata, mereka sedang memilih beberapa buah tangan untuk dibawa pulang.

Kemudian langkah mereka di bawa ke sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis coklat, Aaira borong banyak coklat untuk dia, ahli keluarga dan kawan kawannya. Paling banyak pesan ialah Syafiqah.

Luth datang ingin melihat sama ada Aaira sudah selesai memilih atau belum, namun dia terperanjat bila lihat bakul Aaira penuh dengan pelbagai coklat

"banyaknya coklat Aaira ambil, boleh habis ke ni?" tanya Luth

"heheheh...ni untuk saya, nurse yang dekat hospital, lepastu untuk Darren, Hafiz dengan Syafiqah, tak apa lah saya bayar sendiri" Aaira masih lagi sibuk memilih coklat

"ouhhh...untuk kawan kawan, ingat untuk Aaira sorang, saya tanya je tak apa lah awak ambil je biar saya yang bayar" Luth tak kisah soal duit cuma kalau Aaira beli untuk dirinya sendiri takut tak habis, nasib baik isterinya beli untuk kawan kawannya sekali

"betul ke awak nak bayar, saya beli banyak ni" Aaira tak nak susahkan Luth bayar semua, dia ada duit sendiri

"tak apa Aaira kan isteri saya biar saya yang bayar" Luth memeluk bahu Aaira

"thank you, nanti saya bagi upah" dia kenyitkan mata pada Luth

"upah apa?" Aaira tersenyum

"adalah, dah jom bayar" dia berjalan meninggalkan Luth di belakang yang masih dalam tanda tanya.

Aaira menawarkan dirinya untuk membawa mereka makan tengah hari

"betul ke ni Aaira nak bawa kereta? kita nak pergi mana?" banyak soalan dari Luth tapi dia menyerahkan juga kunci kereta pada Aaira

"kan saya cakap tadi awak bayar coklat, saya bagi upah jadi saya nak bawa awak pergi makan" kata Aaira.

Dia pergi ke bahagian penumpang dan membukakan pintu "cepatlah awak masuk" pinta Aaira.

Luth yang berdiri di bahagian pemandu hanya akur, dia bergerak masuk di bahagian penumpang.

Aaira menutup pintu kereta lalu dia pergi ke bahagian pemandu, wanita itu ingin menarik tali pinggang tapi bila tengok Luth hanya diam di sebelah, Aaira berdehem

"ehem ehem" Luth yang leka memandang ke depan terus menoleh ke arah Aaira

"seatbelt please atau awak nak saya pasangkan" Aaira yang berura ura ingin memasangkan seatbelt untuk Luth, tidak jadi kerana tangan lelaki itu lebih pantas menariknya terlebih dahulu.

Kereta perodua myvi itu bergerak keluar dari parking untuk menuju ke destinasi pilihan Aaira.

Luth masih tertanya tanya ke mana Aaira ingin membawanya

'takkan nak bawa aku pergi candle light dinner pula ni baru tengah hari' sangkal Luth.

Aaira yang fokus memandu memberi signal ke kanan untuk masuk ke sebuah restoran makanan segera

"kita makan dekat sini ke Aaira?" tanya Luth tapi Aaira tak masuk ke parking malah dia beratur bersama beberapa deretan kereta di drive thru McDonald

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now