CLH 18

21.8K 1K 74
                                    


SELESAI sahaja solat maghrib, Aaira dan Syafiqah keluar pergi membeli makan malam untuk mereka bertiga.

Mereka menuju ke kedai makan yang telah kak Afiya beritahu petang tadi.

Selepas mendapat parking kereta di tepi jalan terus Syafiqah memeluk lengan Aaira untuk melintas jalan kerana kedai makan itu berada di seberang jalan.

Mereka mencari tempat duduk yang kosong kerana kebanyakkan tempat telah dipenuhi oleh pelanggan

"ha sana Aaira ada tempat duduk" Syafiqah menunjuk ke arah sebelah kanan.

Cepat cepat mereka duduk di sana, tak sampai beberapa minit seorang pelayan datang mengambil pesanan.

Aaira order nasi goreng kampung untuk dirinya, mee goreng basah untuk kak Afiya yang mengidam katanya dan Syafiqah memesan nasi goreng ikan masin,

sedang sibuk memesan makanan, mereka tak perasan meja di sebelah merupakan Luth Haiyyan dan Arshad Shah yang sedang menunggu makanan mereka sampai.

Kedua lelaki itu juga tidak perasan Aaira dan Syafiqah di sebelah kerana jarak meja mereka agak jauh tambah lagi mereka sedang leka berbual bual tanpa menghiraukan keadaan kedai makan yang agak bising itu

"tula mak aku dah bising bila nak cari isteri, mak aku tak faham tentera macam kita ni mana ada masa nak ada girlfriend lepastu dia nak jodohkan aku dengan anak kawan ayah aku pula, adoi masak aku" cerita Arshad Shah tentang maknya yang sibuk nak suruh dia cari bakal isteri

"nak buat macam mana kita ni bukan makin lama makin muda tu sebab mak kau bising" balas Luth

"untung lah ibu tak suruh cari bakal menantu cepat cepat, aku ni dah naik pening kepala nak jawab apa kalau mak aku tanya" kata Arshad dengan nada cemburu

"aku ni ada kakak memang lah mak aku tak bising, kau tu anak sulung umur dah nak masuk tiga puluh, mak kau risau la tu" terdengar Arshad mengeluh lalu di memandang ke sebelah kanannya.

Dia ternampak dua orang perempuan sedang rancak berbual, rasanya macam pernah nampak, kemudian dua memandang ke arah Luth Haiyyan untuk bertanya

"aku macam kenal lah orang dekat meja sebelah kita ni tapi tak cam" bisik Arshad perlahan.

Luth Haiyyan pun menoleh ke meja sebelah.

Agak terkejut juga dia bila melihat wajah Aaira Nasrin di sebelah tapi cepat cepat dia kembali normal,l

walaupun dia dah tahu dari mejar Hanif adik saudara lelaki itu akan berada di sini tapi tak sangka pula mereka akan bertemu secepat ini

"ini kan doktor Aaira dengan doktor Syafiqah yang sama sama bertugas dengan kita masa dekat Thailand tu" Arshad baru perasan bila Luth memberitahu perihal dua gadis di sebelah mereka.

Tapi Aaira dan Syafiqah masih tak perasan Luth dan Arshad di meja sebelah sampai lah makanan Luth Haiyyan dan Arshad Shah sampai, mereka mula menjamu selera.

Syafiqah melihat orang sebelah kirinya telah mendapat makanan, dia jadi lapar pula melihatnya...

Tapi "Aaira tu bukan Captain Arshad dengan Captain Luth ke?" Syafiqah perhatikan betul betul wajah mereka kerana Aaira pernah menghantar wajah kedua anggota ini tanpa celoreng di muka.

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now