CLH 48 (NV)

22.2K 984 86
                                    


SEDAR tak sedar, matahari sudah terbenam dan malam mula menjelma. Aaira sedang menghirup teh panas  dan duduk berehat di luar khemah, cuaca di sini agak sejuk bila gerimis mula turun.

Dia berdoa semoga hujan tidak turun dengan lebat kerana proses pencarian akan sedikit sukar, dia juga risaukan Luth di luar sana walaupun agak kecewa dengan sikap Luth yang tidak mengabarkannya kedatangan lelaki itu ke sini namun Luth masih suaminya dan dia tetap ada perasaan risau.

Hatinya tiba tiba berbisik 'buat apa kau nak risaukan dia Aaira, dia datang sini tak bagitahu kau' dia mendengus perlahan, termakan dengan kata hatinya

"Aaira" doktor Sofi datang dan menepuk bahunya

"jauh termenung, fikirkan keluarga dekat Malaysia ya?" doktor itu tersenyum, dia menuang teh panas ke dalam cawan

"saya fikirkan suami saya, dia ada dekat sini juga tapi sampai sekarang kami belum berkesempatan untuk berjumpa. Dia datang sini pun saya tak tahu" ujarnya agak sedikit kecewa.

Doktor Sofi tersenyum

"Aaira marah ya, dia datang sini tak bagitahu Aaira?" lihat saja dari riak wajah itu, hati wanita ini sudah dapat di baca

"hmm...padahal sebelum saya ke sini, saya ada telefon dia, kenapa dia tak bagitahu saya yang dia nak datang sini" luahnya

"doktor dah kahwin?" tiba tiba Aaira menyoal, dia berani kerana doktor Sofi nampak peramah dan usia doktor Sofi sudah menjangkau ke angka 35 tahun

"dah" jawabnya perlahan

"suami saya belayar, tiap tahun dua ke tiga kali sahaja kami berjumpa, sampai 5 tahun perkahwinan kami, saya rasa perkahwinan kami takkan ke mana, saya sibuk di hospital dan dia masih dengan pelayaran" Aaira tekun mendengar cerita dari doktor Sofi seperti ada sesuatu yang hendak di sampaikan oleh doktor ini

"sampai satu hari masa dia nak pergi belayar, kami bergaduh sebab saya tak bagi dia pergi dan saya cakap kalau dia pergi juga saya takkan redha dengan pemergian dia, masa saya cakap tu saya nampak muka dia serba salah tapi di sebabkan tuntutan kerja dia pergi juga dan sempat cium dahi saya, dia janji dengan saya yang ini merupakan pelayaran terakhir dia" doktor Sofi berhenti dan menarik nafas selepas agak panjang dia bercerita

"tapi saya tetap marah sebab dia tetap pergi tinggalkan saya dan siapa sangka dia betul betul kotakan janjinya, itu memang pelayaran terakhir sebelum kapalnya tenggelam telanggar bongkah batu akibat ribut dan sampai hari ni mayat suami saya masih belum di jumpai" ada nada sebak dalam bicara doktor Sofi tapi muka wanita itu tetap tenang bercerita.

Aaira menekup mulut tak percaya dengan apa yang wanita di hadapannya ini hadapi, macam mana wanita ini boleh bangkit dari kesedihannya dan meneruskan hidup

"tabahnya doktor hadapi dugaan, Aaira sendiri kalau berada di tempat doktor, Aaira tak kuat nak terima" ucapnya jujur

"sejujurnya saya hampir depresi, setahun saya ambil cuti untuk tenangkan diri dan terima takdir yang Allah dah tulis untuk saya, tapi saya tahu bukan ini yang suami saya mahu, meratapi ketiadaan dia. Saya buat keputusan untuk sibukkan diri dengan kerja dan lupakan kejadian yang dah berlaku. Saya sampai minta pihak atasan untuk jadi wakil perubatan kalau ada misi di luar negara dan saya berjaya untuk tak ingat kejadian tu tapi sampai sekarang saya menyesal dengan perkataaan yang keluar dari mulut saya sebelum dia pergi belayar dan ini mungkin balasan Allah untuk saya sebab tinggikan suara dan biadap dengan suami sendiri dan Allah ambil suami saya" sudah bercucuran air mata Aaira mendengar cerita doktor Sofi

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now