CLH 40

24K 935 69
                                    


ESOKNYA Aaira dan Luth bertolak balik ke Melaka, Aaira rasa tak sabar nak jumpa puan Haliza. Lana dan Lara juga ada di kampung, makin meriah rumah puan Haliza.

Perjalanan yang memakan masa 2 jam itu tidak terasa lama bila mulut Aaira
tak henti henti berborak dengan Luth.

Nasib baik Luth layan sjaa perangai Aaira dan sabar menjawab satu persatu pertanyaan yang Aaira suarakan, namun lagi 40 minit nak sampai ke kampung, Luth pelik kenapa Aaira diam.

Dia toleh ke sebelah dan lihat Aaira sudah tersandar pada seat kereta sambil matanya tertutup

"boleh pula dia tidur masa tengah berborak" Luth tersenyum melihat wajah polos Aaira, dia menyambung perjalanan sehingga mereka tiba di kampung.

Luth menarik handbreak, dia memandang ke arah Aaira, perlahan
lengan Aaira di tepuk untuk membangunkan wanita itu

"Aaira bangun, kita dah sampai" Luth mengejutkan Aaira dengan nada yang lembut, sekali sahaja Luth panggil, Aaira sudah  mencelikkan mata

"kita dah sampai ke?" Aaira menggosok mata

"dah, jom keluar" ajak Luth.

Sebaik saja mereka keluar dari kereta, puan Haliza sudah membuka pintu rumah

"anak dengan menantu ibu dah balik" puan Haliza teruja bila melihat anak menantunya

"ibu sihat?" tanya Luth dia mencium tangan dan kedua belah pipi ibunya

"sihat lagi sihat bila tengok anak menantu ibu ni" kemudian Aaira pula mencium tangan ibu mertuanya dengan penuh hormat. Puan Haliza menarik Aaira ke dalam pelukan

"aiii ibu peluk Aaira je, Luth ni tadi ibu tak peluk pula" Luth mengusik puan Haliza

"kamu tu dari kecil sampai besar ibu dah puas peluk bagi la peluang ibu nak peluk satu satunya menantu perempuan ibu ni" puan Haliza menjawab dengan selamba

"wah pengantin baru dah sampai" Lara menapak ke arah abang dan kakak iparnya, dia menuju ke arah Luth untuk bersalam dengan abangnya dan dia turut bersalam dengan Aaira

"dah jom masuk, ibu masak banyak hari bila tahu kamu berdua nak balik" puan Haliza menarik tangan Aaira masuk ke dalam rumah, ditinggalkan Luth dan Lara di luar

"haihh nampaknya Lara tak boleh lah bermanja dengan ibu sepanjang kak Aaira ada dekat sini" Luth yang mendengar luahan hati adiknya hanya ketawa

"ehh gelak pula abang ni, dah jom masuk makan" ajak Lara

"tak apa Lara masuk la dulu, abang nak ambil beg baju dalam bonet kereta" Lara balas dengan anggukan kemudian Luth berlalu ke bonet kereta untuk mengambil beg pakaiannya dan Aaira












MALAM itu, Aaira duduk bersantai di pangkin sambil menunggu Luth pulang dari masjid, dia boleh nampak sungai melaka dari rumah ibu mertuanya, meriah suasana kampung ini dengan lampu lampu yang terpasang.

Aaira memejamkan mata menikmati suasana malam walaupun kampung ibu mertuanya ini berada di tengah bandar namun dia tetap merasa suasana kampung di sini, Aaira tenggelam dengan perasaannya sehingga tak sedar yang Luth sudah pulang dari masjid dan sedang memerhatikannya.

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now