CLH 32

21.7K 948 36
                                    


SELEPAS Aaira menerima pinangan Luth, selang seminggu keluarga pihak lelaki datang sekali lagi untuk menetapkan tarikh pertunangan dan tarikh pernikahan.

Mereka bakal bertunang selama 5 bulan, mula mula Aaira rasa macam cepat sangat tapi selepas mamanya kata boleh siapkan semua persiapan dalam masa 5 bulan, Aaira hanya menurut.

Esok merupakan hari pertunangan Aaira dan Luth, memang ramai saudara mara yang berkampung di rumah dato Harith termasuk Syafiqah sendiri, tapi dia awal 2 hari sebab datang siapkan dulang hantaran Aaira.

Datin Haisya yang tak mahu hantar hias pada orang, katanya nak hias sendiri dulang itu, Syafiqah juga turut menyokong dan dia bersetuju untuk membantu sama.

Aaira kagum dengan hasil tangan Syafiqah dan mamanya, tak sangka pula Aaira yang tangan sahabatnya berseni, Syafiqah siap pesan "Aaira aku buat ni bukan free tau nanti belanja aku tengok wayang dengan makan"

Aaira ikutkan saja permintaan sahabatnya kerana Suafiqah sudah banyak membantu dalam persiapan majlis pertunangannya, tak mungkin dia tak memberi apa apa sebagai balasan.

Sepanjang mereka sibuk buat persiapan pertunangan, Aaira masih ingat kali terakhir dia jumpa dengan Luth pada 2 bulan lepas, di mana mereka makan bersama di restoran, kemudian Luth sudah berangkat pulang ke kem dan sibuk dengan latihan di sana.

Esok juga Luth tak hadir kerana memang itu yang diminta daripada 2 pihak keluarga, sebebarnya bertunang ini tak perlu tunangan lelaki hadir, cukup keluarganya sahaja.

Mereka sekadar berbalas whatsapp untuk bertanya khabar dan Luth bertanya tentang persiapan tunang,
mereka tak pernah berbual di telefon, Aaira ada juga minta untuk telefon tapi Luth akan bagi seribu alasan walaupun pada mulanya Aaira sakit hati, tapi lama lama dia faham, mungkin Luth taknak sebab takut tergoda dengar suaranya yang lemak lemak merdu ni

"lah, Aaira kamu termenung lagi kenapa, mama cakap tadi tak dengar ke?" tanya datin Haisya, suaranya agak tinggi kerana suasana rumah yang agak riuh dengan kanak kanak

"ha apa ma? sorry Aaira tak dengar" Aaira sengih menampakan barisan giginya yang cantik tersusun

"mama suruh pergi ambil baju kamu untuk esok dekat butik, ni dah nak masuk tengah hari, bila kamu nak ambil" bebel datin Haisya,

Aaira menepuk dahi, dia lupa hal itu

"ya la ma,  ya allah kejap Aaira tukar baju lepastu nak cari Iqa" Aaira kemudian bangun menuju ke bilik

"tak payah cari Iqa dia dah pergi ke kereta dulu tunggu kamu, ini pun dia yang ingatkan mama kalau tak mama sendiri lupa" Aaira tersengih sekali lagi, dia berlari ke arah mamanya dan mencium pipi wanita itu

"thank ma ingatkan Aaira love you" kemudian dia berlari masuk ke bilik untuk menukar baju











SAMPAI sahaja di butik, Aaira dan Syafiqah masuk ke Elly's Boutique, mereka disapa oleh seorang pekerja di situ dan menjemput mereka duduk di sebuah sofa

"hi, you anak datin Haisya ya?" seorang wanita yang Aaira agak umurnya dalam 30 an datang menyapa mereka

"ya, saya Aaira" kemudian mereka berjabat tangan, wanita itu beralih pula pada Syafiqah "Syafiqah" ringkas sahaja bersama senyuman

"i'm Elly, you all nak ambil baju tunang dengan baju you untuk majlis esokkan? sekejap ya" kemudian Elly berlalu ke belakang untuk mengambil baju mereka.

Tak sampai 5 minit Elly kembali semula dengan membawa dua baju yang berbungkus cantik

"nah, baju you all pergi la cuba, muat ke tak dekat fitting room sebelah kiri" Elly menghulurkan baju kepada Aaira dan Syafiqah, mereka masuk ke fitting room untuk mencuba baju masing masing.

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now