CLH 17

21.7K 1K 10
                                    

SAMPAI sahaja di hospital, mereka segera turun dari kereta dan berlari anak menuju ke ruang lapor diri.

Rata rata orang yang melihat mereka memandang pelik kerana dua orang wanita sedang berlari masuk ke dalam hospital.

Mungkin orang akan ingat mereka salah seorang waris atau keluarga kepada pesakit di hospital ini sedang berlari mencari wad,

namun hakikatnya mereka sekarang sudah terlewat untuk lapor diri pada hari pertama.

"adoi mana pula nak lapor diri ni" Aaira berhenti seketika, melepaskan penat

"haah kan kita punya berlari macam tahu je hala tuju, jom kita tanya doktor yang tengah berjalan tu" Syafiqah menarik Aaira pergi ke arah seorang doktor bertudung purple

"assalamualaikum" Syafiqah memberi salam

"waalaikumusalam, ya ada apa yang saya boleh bantu?" nampak gaya macam peramah

"ermm kitaorang ni doktor dari kuala lumpur, datang untuk lapor diri bertugas dekat sini tapi tak tahu nak lapor diri dekat mana, kalau boleh nak tany doktor dekat mana nak lapor diri?" tanya Syafiqah sopan

"ouhh awak berdua doktor bertugas rupanya, naik tingkat 3 pusing kanan hujung sekali ada bilik untuk lapor diri" terang doktor yang tertera nametagnya bernama Wani

"ouhh okay terima kasih, saya perkenalkan diri nama saya Syafiqah ni kawan saya Aaira selamat berkenalan" dalam pada nak cepat sempat juga Syafiqah kenalkan diri,

taknak lah kena cop sombong

"ouhh saya Shazwani panggil Wani selamat berkenalan juga" mereka sempat bersalam

kemudian mereka naik ke tingkat 3 seperti yang dikatakan oleh doktor Wani tadi.

Sampai sahaja di bilik yang diberitahu oleh doktor wani tadi, mereka mengetuk pintu.

Ada suara dari dalam memberi kebenaran kepada mereka untuk masuk

"masuk doktor Aaira, Doktor Syafiqah" kata doktor wanita yang lebih kurang sebaya dengan orang tua mereka

tapi yang mereka pelik macam mana doktor ini tahu nama mereka

"saya doktor Isma" dia kemudian menghulurkan tangannya untuk bersalam.

"jemput duduk" Aaira dan Syafiqah menurut

"mesti awak berdua tertanya tanya macam mana saya tahu nama awak berdua" mereka hanya mengangguk

"sebenarnya saya kenal mejar Hanif dia lah yang mencadangkan nama awak Aaira" kata doktor Isma

"tapi macam mana doktor kenal dengan abang saudara saya?" Aaira mula tertanya tanya

"suami saya dan mejar Hanif bekerja dalam satu unit yang sama" Terangguk angguk Aaira,

tahu la dia abang Hanif tak nak tinggalkan kak Afiya seorang diri di rumah

"jadi selamat datang, saya harap awak berdua dapat jalankan tugas dengan baik selama 2 minggu di sini" manis betul senyuman doktor Isma ini.

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now