CLH 39

24.3K 1K 78
                                    


MAJLIS resepsi hari ini berjalan dengan lancar, walaupun agak penat kerana mereka terus mengadakan resepsi selepas majlis pernikahan selesai semalam, namun penat mereka berbaloi, semua ini berlaku hanya sekali seumur hidup, insyallah.

Aaira rasa mulutnya dah lenguh, mana taknya dari tadi dia tidak berhenti tersenyum kepada tetamu yang hadir selepas acara memotong kek.

Tak henti tetamu mengucapkan tahniah dan dia juga tak berhenti mengucapkan perkataan terima kasih

"tahniah Aaira, akhirnya satu daripada kita kahwin juga" ucap Darren, hari ini lelaki berbangsa cina itu tampak kacak memakai baju melayu berwarna baby blue, siap bersampin.

Ada juga la saudara mara Aaira yang berkenan dengan Darren

"thank you sebab datang, so lepas ni siapa pula, aku dah lepas" Aaira angkat sebelah keningnya

"inshaallah soon, aku nak cari yang betul betul boleh memahami kerjaya aku sebagai seorang doktor" jawab Hafiz lelaki yang berkacukan new zealand ini tampak tidak terburu buru mencari pasangan hidup selepas apa yang berlaku pada dirinya. Pengalaman lepas akan di jadikan sebagai penganjaran untuknya

"aku pula masih mencari, aku muda lagi jadi aku nak focus dekat kerjaya dulu, lepas kerjaya dah stabil baru aku cari  girlfriend" senang jawapan Darren lagipun dia memang lelaki yang simple, untung siapa kahwin dengan dia.

Kemudian mereka bertiga memandang ke arah Syafiqah menanti jawapan gadis  itu

"emm... aku sebenarnya nak bagitahu korang something" Syafiqah menunduk melihat lantai

"i knew it, dia ni mesti ada sorok something dari kita" Darren menanti dengan penuh teruja

"aku dah ada someone special" Syafiqah perlahan lahan menaikkan kepalanya untuk melihat reaksi sahabatnya, mereka semua terdiam tak bersuara

"dengan siapa?" belum sempat Syafiqah nak menjawab, datang Luth dan Arshad.

Luth berdiri di sebelah Aaira sambil mengenggam tangan isterinya, manakala Arshad berdiri di sebelah Syafiqah

"awak dah bagitahu diaorang semua?" pertanyaan Arshad buatkan mereka semua memandang ke arah satu sama lain, kecuali Luth riak wajahnya nampak tenang

"bagitahu apa ni Iqa, Arshad?" Aaira seperti dapat mengagak jawapannya

"sebenarnya aku dengan Arshad. Kitaorang tengah dalam proses perkenalan" akhirnya Syafiqah berterus terang selepas agak lama dia merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan mereka semua, muka masing masing usah cakap semuanya macam baru lepas dengar cerita hantu

"sejak bila?" Aaira bersuara

"lepas daripada kita balik dari kem, masa kita berdua pergi bertugas dekat sana" terbeliak mata Aaira saat mendengar jawapan Syafiqah

"maknanya dah lama lah ni? kenapa kau tak bagitahu aku" perlahan suara Aaira, dia agak terasa dengan sikap Syafiqah padahal selama ni semua suka dan duka mereka kongsi bersama.

Syafiqah mula rasa serba salah bila melihat wajah Aaira yang agak muram, dia kemudian cepat cepat mendekati sahabat baiknya

"sorry babe, aku bukan tak nak bagitahu tapi aku tak sanggup nak cerita soal aku dengan Arshad sebab lepas balik dari kem tu, kau tengah sedih tak kan lah aku nak cerita kebahagiaan aku masa kau tengah sedih" Syafiqah memegang tangan Aaira berharap yang sahabatnya itu faham apa yang dia cuba sampaikan

"tapi lepas aku dah okay kenapa kau tak cerita dekat aku" Aaira memandang Syafiqah

"aku bukan tak nak cerita, memang aku nak cerita tapi aku dengan Arshad nak korang selesaikan majlis nikah dan sanding dulu" melihat Syafiqah yang beria ria meminta maaf buat Aaira jatuh kesian pula

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now