CLH 20

23.2K 1K 85
                                    


TERKEJUT mereka melihat di bahagian penumpang  merupakan Arshad Shah, paling mengejutkan bila melihat lengan kiri lelaki itu berlumuran dengan darah.

Luth membantu Arshad untuk keluar, Aaira dan Syafiqah yang kebetulan belum pulang juga turut membantu

"Iqa, kau amik wheel chair dekat dalam aku nak tengok keadaan Arshad" Syafiqah tanpa membantah berlari semula masuk ke dalam untuk mengambil wheel chair

Aaira pula menghampiri kereta Luth Haiyyan

"kenapa dengan Arshad ni captain Luth?" soal Aaira risau

"dia tercedera masa jalankan latihan tadi, lengan dia terkena tembakan" jawab Luth

"ya allah, sekejap tunggu Syafiqah datang bawa kerusi roda" kata Aaira kemudian dia menoleh untuk melihat sama ada Syafiqah sudah tiba atau belum.

Tepat pada masa apabila dia menoleh, Syafiqah sedang berlari sambil menyorong kerusi roda, laju dia menolak.

Sampai sahaja kerusi roda itu betul betul di hadapan mereka Luth terus dudukkan Arshad pada kerusi roda dan menolak masuk ke wad kecemasan,
namun memandangkan ramai doktor yang sudah pulang jadi Syafiqah menawarkan diri untuk merawat sendiri luka pada lengan kiri Arshad itu.

Aaira dan Luth pula menunggu di luar bilik rawatan,

mereka hanya diam, Aaira pula tak selesa dengan kebisuan ini, dia mahu memulakan bicara tapi dia faham Luth Haiyyan mungkin dalam keadaan risau akan Arshad Shah di dalam, jadi dia hanya mendiamkan diri.

Di pihak Luth pula dia jadi kekok bila berdua duaan dengan Aaira, dah lah duduk bersebelahan malah mereka berdua diam membisu,

dia nak bercakap dengan Aaira tapi tak tahu topik apa nak di bualkan, sedang Luth berfikir tiba tiba Aaira bersuara

"kalau latihan pun memang akan cedera ke captain?" tanya Aaira itu pun dia menguatkan diri untuk memulakan bicara

"kalau nasib tak baik dan tak fokus memang akan kena lah tapi Arshad tu bukan sebab nasib atau tak fokus tapi sebab pelatih baru tersasar arah tembakan dia tu yang kena captain Arshad" cerita Luth tapi hanya Aaira yang berani memandang mata Luth,
lelaki itu pula hanya menundukan pandangan.

"ouhh yeke..kesian pula saya tengok Arshad tadi" terperanjat juga Aaira bila Luth cerita punca kecederaan pada lengan kiri Arshad akibat ketidak sengaja pelatih baru

"itula saya terperanjat tadi tapi benda dah jadi kita doa baik baik saja untuk Arshad"

kemudian suasana kembali senyap sampai lah Syafiqah dan Arshad keluar dari bilik rawatan, lengan kiri Arshad sudah siap dibalut kemas oleh Syafiqah

"kau okay tak shad? macam mana dengan kawan saya ni doktor? cedera teruk ke?" tanya Luth risau, bertalu talu soalan dia lontarkan pada Syafiqah

"tak ada apayang serius captain Luth sikit je ni tapi Arshad kena rehat dalam seminggu baru dia boleh mula kerja semula" Syafiqah tersenyum

"seminggu?!! awak serius ke ni Syafiqah" hampir terjerit Arshad bila mendengar cuti yang diberi oleh Syafiqah

"iya seminggu melainkan awak nak luka awak tu lagi teruk awak boleh lah masuk kerja esok" perli Syafiqah

"tapi saya nak kerja awal sikit bagi lah dalam 2 3 hari cuti inshaallah saya dah baik waktu tu" Arshad cuba memujuk

"okay baiklah saya bagi cuti 5 hari nanti saya buat surat cuti untuk awak" malas nak berbalah akhirnya Syafiqah mengalah

"terima kasih" ucap captain Arshad Shah.

Aaira yang melihat kejadian itu seperti dapat menghidu sesuatu 'ada apa apa ke mereka ni?'














Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now