Special Chapter (KEMERDEKAAN) 2

7.8K 367 44
                                    


SAMPAI sahaja Luth tepat jam 10 malam, keadaan rumah sudah gelap. Kebiasaannya Aaira pasti akan menunggunya walaupun dia balik lewat malam, isterinya akan tertidur sambil menunggunya di sofa namun hari ini kelibat isterinya tiada di ruang tamu.

Luth mendaki anak tangga untuk naik ke bilik, sampai sahaja di depan pintu bilik, dia lihat ada sekeping kertas bertulis di tampal pada pintu, kertas tersebut di ambil dan isi kandungannya di baca

'TIDUR LUAR, KALAU TAK NAK TIDUR LUAR. BILIK ANAK ADA DEKAT SEBELAH' itu sahaja yang di tulis. Luth menggaru kepala yang tidak gatal

"aku ada buat salah apa apa ke?" soalnya sendiri.

Matanya memandang pintu bilik, dia tahu Aaira menguncinya dari dalam.

Dia tidak ke mana mana dengan uniform yang masih tersarung dia duduk menyandar di pintu, tak lama kemudian matanya perlahan lahan terlelap.

Pagi itu Aaira membuka pintu bilik, dia terkejut kerana badan Luth yang menyandar di pintu jatuh di hujung jari kakinya

"ya Allah" dia melutut, niatnya ingin mengejutkan Luth namun bila badannnya dekat dengan suaminya. Dia terasa haba panas dari tubuh Luth, pantas tangannya di letakkan pada dahi Luth.

Panas

"abang" tubuh Luth di goncang perlahan, suaminya itu terpisat pisat bangun, bibirnya yang pucat itu tersenyum sebaik sahaja melihat wajah isterinya 

"Aaira, dah pukul berapa?" soal Luth

"7.30 pagi" jawab Aaira dan mata Luth membesar

"Astagfirull...kenapa sayang tak kejut abang" Luth cuba untuk berdiri namun kepalanya terasa berdenyut, hampir sahaja dia jatuh namun Aaira menampung badan itu

"abang demam ni, kita pergi klinik ya tapi kita hantar Ammar ke sekolah dulu" ucap Aaira

"tak nak la pergi klinik, abang nak pergi kerja" Aaira menggeleng

"cuba jangan degil, dengar cakap Aaira" mata Aaira membulat besar

"abang pergi mandi, tukar baju, kita hantar Ammar lepastu kita ke klinik"
Aaira memberi arahan

"tapi sayang kan kerja" Luth batuk

"Aaira ambil cuti hari ni" dah suami tak sihat, dia cuti la

"jangan la macam tu sayang, abang..." Luth tak sempat menghabiskan ayatnya Aaira dah potong

"cuba jangan banyak melawan, Aaira ada benda yang tak puas hati lagi dengan abang tahu tak" geram dengan kedegilan Luth

"kenapa sayang kalau abang ada buat salah sayang bagitahu abang, abang minta maaf" alahaiii cair pula dia dengar, dah la suara suaminya serak serak namun tetap sedap telinganya mendengar

"itu nanti la, Aaira nak pergi siapkan sarapan, abang tolong tengokkan Ammar dekat dalam, sebab tadi dia mandi. Mungkin dah sudah, kalau abang tak larat, abang baring je. Biar Aaira tengok Ammar" namun Luth pantas mengenggam tangan sang isteri

"Aaira pergi la siapkan sarapan, abang boleh tengokkan Ammar" bila dia tengok keyakinan yang terpancar pada wajah Luth, perlahan lahan dia mengangguk dan sebelum ke dapur sempat dia menitipkan pesanan

"tengokkan saja anak bujang abang tu, dia tahu nak buat semua sendiri, abang cuma pantau saja. Jangan lupa tengokkan hero tembam abang tu, takut dia dah terjaga" hero tembam yang di maksudkan itu, Luth Arfan kerana pipinya yang gebu seakan akan pau dam badannya yang montel

"iya sayang" rambut Aaira di usap









SELEPAS menghantar Ammar ke sekolah dan membawa Luth ke klinik. Mereka pulang ke rumah.

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now