CLH 34

20.2K 883 44
                                    


LEGA Luth bila majlis pertunangannya dan Aaira selesai, maknanya lebih kurang beberapa bulan lagi dia dan Aaira bakal disatukan.

Perasaannya sekarang bercampur baur teruja, bahagia dan agak sedikit takut kerana bakal memulakan fasa baru dalam kehidupan.

Orang kata alam rumah tangga lagi banyak cabaran dan dugaan, lagi lagi bila perkahwinan baru nak mencecah 1 tahun, tapi itu yang belum terjadi.

Dia serahkan pada allah, sekarang dia nak fokus kerja untuk cari duit khawin.

Berita pertunangannya dan Aaira sudah tersebar hampir satu kem, dia tak terkejut sebab dia kenal dengan perangai Arshad, mulut sahabatnya itu tak boleh simpan rahsia, daripada semalam tak henti henti dia dapat ucapan tahniah daripada staf di kem.

Kalau boleh dia nak merahsiakan dulu kerana mereka baru sahaja bertunang, dia tak nak kecoh, takut kalau sesuatu berlaku pada hubungan mereka tapi harapannya semoga Allah permudahkan urusan mereka hingga ke hari pernikahan

"tuan" panggil leftenan Murad.

Luth yang tersandar di kerusi biliknya, terus duduk tegak

"tuan Farid nak jumpa tuan di bilik mesyuarat sekarang" sambung leftenan Murad

"baiklah, sekejap lagi saya datang" balas Luth, dia terus bangun dan menuju ke bilik mesyuarat tentera selang satu tingkat dengan biliknya, selepas diberi izin untuk masuk, dia nampak beberapa orang tentera sedang duduk di kerusi termasuklah Arshad Shah.

Dia mengambil tempat duduk berhadapan dengan Arshad

"memandangkan semua dah ada, saya nak maklumkan pada kalian semua" suara laksamana pertama Farid mula memecahkan kesunyian di dalam bilik perbincangan, mereka semua diam.

Tahu bila dah masuk ke sini, pasti mereka semua bakal dihantar ke suatu tempat

"kamu semua ada dengar desas desus penceroboh dari Filipina cuba masuk ke sempadan Sabah" mereka semua balas dengan anggukan.

Semua dah dengar cerita ini beberapa hari yang lepas, kecoh juga dalam kem bila semua dah membuka cerita pasal percubaan warga Filipina untuk masuk secara haram ke sabah

"kamu hanya dengar dia cuba masuk beberapa hari lepas tapi harini dia sudah terlepas masuk ke sempadan Sabah melalui lorong tikus yang tidak diketahui kewujudan nya oleh anggota tentera di sana" mereka sudah agak apa yang bakal diperkatakan oleh laksamana pertama

"kamu semua akan berangkat ke Sabah untuk sama sama membantu menangkap hampir 50 orang penceroboh sebelum mereka terlepas ke semenanjung" kata tuan Farid.

Bila kem di Sabah meminta bantuan dari kem di semenanjung mesti kes ini agak berat

"kamu akan bergerak lagi.." tuan Farid sempat melihat jam di tangannya

"sekarang pukul 1200 tgh hari, kamu akan bergerak jam 1300, siapakan keperluan kamu semua untuk ke sana, kamu semua boleh bergerak sekarang" 10 orang tentera itu bangun dan keluar untuk mengemas pakaian dan peralatan mereka













"KAU tak nak call Aaira ke? tanya Arshad ketika mereka berada di rumah untuk mengemas baju, Luth baru selesai memaklumkan kepada puan Haliza tentang keberangkatannya ke Sabah.

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now