CLH 28

21.2K 1K 178
                                    


M

ALAM itu seperti yang puan Haliza rancang, dia menelefon Luth Haiyyan.

Aaira dan Syafiqah yang tidak tahu rancangan itu hanya mengikut arahan puan Haliza untuk terus ke ruang tamu selepas saja mereka bertiga selesai makan malam

"assalamualaikum ibu" selepas menunggu hampir 1 minit panggilan itu bersambung

"waalaikumusalam anak ibu sihat?" puan Haliza tidak terus ke tujuan asal, dia harus berpura pura seolah olah dia telefon untuk bertanya khabar

"alhamdulillah Luth sihat, ibu sihat tak? jarang ibu yang call Luth dulu, ibu rindu Luth ke?" Luth bergurau dengan wanita kesayangannya

"haah ibu rindu, bila anak ibu ni nak balik" kedengaran suara Luth ketawa di dalam talian,

sunggguh hanya mendengar Luth ketawa saja boleh buat hati Aaira cair

"inshaallah kalau jadual Luth tak penuh nanti Luth balik, tapi minggu ni Luth busy ibu ada latihan fizikal" puan Haliza mengangguk faham walaupun dia anaknya tak nampak

"ibu buat apa?" tanya Luth bila ibunya sudah tidak bersuara

"ibu baru lepas makan tadi lepastu terus telefon kamu" puan Haliza tidak kata dia makan bersama Aaira dan Syafiqah kerana Luth tidak tahu mereka berada di sini, hanya dia dan Lana sahaja yang tahu

"ouh... bila ibu kata baru lepas makan, rindu pula Luth dengan sambal udang yang ibu masak" luah Luth

"itu lah ibu suruh cepat cepat balik nanti ibu masakkan makanan kegemaran Luth" puan Haliza mula keluarkan bunga bunga bebelan

"iya ibu, nanti Luth balik yaaa" lembut sahaja nadanya, siapa sahaja yang tak jatuh cinta

"ibu nak tanya kamu sesuatu tapi kamu mesti jawab dengan jujur," puan Haliza mula fokus pada tujuan utamanya, mata sempat memandang Aaira yang bingung

"macam menakutkan je soalan yang ibu nak tanya ni" Luth agak gugup bila ibunya kerkata begitu, mesti ada apa apa

"kenapa kamu tolak Aaira masa dia mengaku dia suka kamu, tahu tak betapa susahnya seorang perempuan nak meluahkan perasaan" terpacul soalan dari mulut puan Haliza.

Aaira terkejut mendengar soalan cepumas dari puan Haliza itu tapi dia juga ingin tahu kenapa Luth Haiyyan menolak dirinya.

Luth terpaku seketika, macam mana ibu boleh tahu Aaira luahkan perasaan padanya.

Arshad ke yang mengadu pada ibu?

"kenapa kamu diam? kamu tak suka dia ke Luth? kurang apa Aaira tu sampai kamu tolak dia?" macam macam soalan yang diajukan, geram kerana Luth sesuka hati menolak menantu pilihannya

"bukan ibu, Luth rasa yang Luth ni tak layak nak memiliki seorang wanita sehebat Aaira. Luth ni askar biasa je ibu,  gaji Aaira lebih tinggi dari Luth" suara Luth agak perlahan.

Ikutkan hati nak sahaja Aaira luku kepala Luth, apa muka dia ni macam perempuan kaki kikis ke?  Dia ikhlas cintakan Luth.

Puan Haliza melihat Aaira sedang meraup muka mungkin kecewa dengan jawapan anaknya.

Syafiqah pula rasa nak hempuk Luth  kalau lelaki itu berada di depannya sekarang

"kenapa sampai macam tu Luth fikir, Luth ingat Aaira nak kikis harta kamu ke?" tutur puan Haliza lembut

"tak ibu, jujur Luth cakap Luth tak pernah anggap Aaira perempuan macam tu, cuma rasa rendah diri Luth ni melebihi semua aspek yang ada" Aaira rasa macam nak menjerit je pada Luth sekarang ni,

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now