CLH 51 (NV)

24.1K 941 51
                                    


"LUTH" Aaira menangis melihat suaminya, alhamdulillah Luth dah sedar.

Tangan Luth yang mengusap perutnya buatkan Aaira terkejut 'takkan Luth dah tahu tentang kandungannya' 

"sekejap saya pergi panggilkan doktor" ucap Aaira namun Luth memegang lengan Aaira buatkan dia berpaling semula 

"kenapa, awak nak air ke?" Luth menggeleng lemah

"jangan tinggalkan saya" ucap Luth perlahan, Aaira menggeleng sambil mengambil tangan Luth dan mengenggamnya

"saya takkan tinggalkan awak, sayang" ucap Aaira, dahi Luth di kucup

"saya nak pergi panggil doktor sekejap je okay" dia memujuk Luth barulah suaminya melepaskannya

"macam mana dengan suami saya doktor?" wajah doktor Kumaran tersenyum sambil mengangguk

"positif, semangat dia kuat Aaira. Saya tak sangka dia boleh sedar secepat ini" Aaira meraup wajahnya 

"tapi husband you kena jalani rawatan fisioterapi untuk pulihkan kaki dia semula, tapi lepas luka di kaki dia dah betul betul sembuh. I think dia kena ambil cuti panjang sebab impossible untuk dia kembali bertugas dalam masa terdekat ni" ucap doktor kumaran

"saya faham, thank you doktor" 

"you kena kasi semangat pada dia, Aaira. Dalam waktu waktu macam ni dia sangat perlukan sokongan dari keluarga especially you" Aaira angguk, betul apa cakap doktor Kumaran. Luth perlukan dia dan dia akan menemani Luth sepanjang proses ini.

Aaira kembali semula kepada Luth selepas perbincangan dengan doktor Kumaran di luar. Dia menghadiahkan senyuman pada sang suami. Aaira mengambil tempat duduk di sisi Luth

"macam mana suami saya, okay tak? Ada sakit dekat mana mana bahagian" yang menyoal Luth sekarang bukan Aaira Nasrin tapi doktor Aaira

"alhamdulillah saya okay je doktor" usik Luth sambil tertawa

"pandai ya sekarang awak kenakan saya" gatal saja tangannya ingin mencubit pinggang Luth namun niatnya terbantut kerana memikirkan keadaan Luth sekarang

"apa yang Aaira bualkan dengan doktor dekat luar tadi?" soalan Luth buatkan senyuman Aaira pudar, dia takut untuk memberitahu Luth. Apa agaknya reaksi Luth kalau dia beritahu Luth kena menjalani rawatan fisioterapi dan perlu mengambil cuti panjang

"Aaira hey" tangannya menyentuh pipi Aaira yang sedang mengelamun

"kenapa ni" lembut suara Luth setiap kali menuturkan ayat, belum pernah lelaki ini meninggikan suara padanya. Dia mengambil tangan Luth yang berada di pipi dan di bawa dalam genggaman

"awak tahu kan kecederaan pada kaki awak agak teruk dalam misi menyelamat" Luth jatuhkan kepala

"doktor Kumaran ada bagitahu saya yang awak perlu jalani rawatan fisioterapi dan akan ambil masa untuk pulih, jadi dia sarankan supaya awak ambil cuti sepanjang proses pemulihan" dia mencari wajah Luth untuk melihat reaksi sang suami.

Lama Luth diam selepas itu, sebelum dia menatap wajah Aaira yang masih setia melihat dan menunggu bait kata yang bakal keluar dari bibirnya

"Aaira macam mana, Aaira okay ke?" soalan Luth buatkan Aaira kerutkan dahi

"maksud awak?" soalan di balas dengan soalan

"Aaira okay ke nak jaga saya sepanjang proses rawatan berjalan, saya risau Aaira penat dengan kerja lepastu nak jaga saya lagi. Saya tak nak menyusahkan Aaira" ya Allah dia ingatkan apa la yang buatkan Luth membisu rupa rupanya risaukan keadaannya

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now