CLH 27

20.8K 988 44
                                    

"BIAR betul,  rumah ibu Luth dekat kampung morten? Kau tahu tak kampung ni terkenal dekat melaka sebab unik dan cantik" teruja Syafiqah pagi itu bila Aaira minta dia buka google maps, bila dia tekan alamat yang dihantar puan Haliza terus matanya jadi bersinar sinar

"ye aku tahu, tak sangka pula aku rumah ibu Luth dekat situ" balas Aaira











2 jam kemudian

"MANA satu rumah dia ni Aaira?" Syafiqah tercari cari

"kejap, aku call makcik Haliza" Aaira memberhentikan keretanya di tepi jalan, dia menelefon puan Haliza.

Selepas satu minit berbual, akhirnya Aaira menamatkan panggilan

"ha macam mana?"

"makcik Haliza cakap jalan je dia ada tunggu dekat luar rumah so kita jalan je la sampai jumpa rumah dia" Aaira turunkan handbreak

Sambil mencari rumah puan Haliza, mata mereka di jamu oleh pemandangan rumah yang klasik di kampung morten ini.

Mereka tak mengeluarkan suara kerana asyik menikmati rekaan dan seni bentuk rumah ke rumah yang mereka lalui, kebetulan pula belakang mereka tak ada kereta, Aaira mengambil keputusan untuk memandu secara perlahan

"wahh Aaira kalau kau dapat jadi menantu makcik Haliza memang untung lah kau dapat mertua yang duduk dekat kampung morten ni, kalau bosan boleh je pergi dekat sungai melaka, jalan kaki pun boleh" betul kata Syafiqah kerana kampung morten ini betul betul dekat dengan sungai melaka.

Yang pernah pergi melaka mesti tahu river cruise melaka yang membawa pelancong bersiar siar menyusuri sungai melaka

"tula mesti seronok" Aaira mengiyakan kata Syafiqah

"eh Aaira tu la makcik Haliza" kata Syafiqah sambil menunjuk ke arah seorang wanita, nasib baik dia perasan.

Aaira tanpa banyak kata terus memberi signal untuk masuk ke laman rumah puan Haliza, sebaik saja keluar dari kereta terus mereka bersalam dengan puan Haliza

"sampai juga Aaira, makcik ingat tak jumpa jalan" Aaira tersengih

"maaf lama makcik tunggu, kitaorang leka tengok rumah rumah dekat sini, semuanya cantik" puji Aaira

"Aaira tak tengok lagi kalau waktu malam lagi meriah sebab hampir semua rumah pasang lampu kelip kelip, tak campur lagi kalau malam raya meriah sungguh" cerita puan Haliza

"bestnya makcik tak sabar nak tunggu malam nanti" Syafiqah yang dari tadi diam, mula mencelah

puan Haliza hanya tersenyum "mari masuk dalam, makcik dah siap masak, boleh kita makan sama sama"  mereka bertiga berjalan masuk ke dalam rumah kayu moden itu

"ya allah cantiknya rekaan dalam rumah ni, kagum aku" bisik Syafiqah di telinga Aaira.

Aaira turut mengiyakan kata kata Syafiqah, dia turut kagum melihat rekaan dalaman rumah ini klasik dan elegant

"masuklah Aaira, Iqa maaf lah rumah makcik ni tak besar mana" puan Haliza merendah diri

"mana ada makcik selesa je saya tengok rumah ni, cantik macam rumah arwah nenek saya dekat selangor" jawab Syafiqah yang memang terlebih peramah

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now