CLH 26

21.4K 993 52
                                    


2 bulan kemudian

HARI ini, hospital yang kebiasaannya terasa besar menjadi sesak kerana berlaku satu kebakaran di sebuah pangsapuri, kesemua mangsa yang cedera dihantar ke hospital, nasib baik kakitangan di sini ramai kerana kedudukannya yang berada di tengah bandar.

Syukur tiada sebarang kematian cuma ada yang cedera parah namun sudah melepasi tahap kritikal. Semua ini dengan pertolongan ambulance yang sangat pantas sampai ke tempat kejadian, kalau tak Aaira tak jamin mereka yang cedera parah ini akan dapat melepasi tahap kritikal.

Aaira sempat risik punca kebakaran tadi semasa merawat mangsa, mereka kata terdapat kebocoran gas di sebuah rumah namun penghuninya tiada kerana pulang ke kampung.

Nasib baik jiran sebelah terhidu bau gas, kemudian dia memberitahu jiran setingkat, mereka sempat membunyikan loceng kecemasan tapi terdapat beberap buah rumah yang penghuninya belum sempat keluar menyebabkan mereka cedera.

Bayangkan kebakaran berlaku pada pukul 4 pagi dan dia mendapat panggilan dari pihak hospital. Aaira sampai tak mandi tapi dia sempat gosok gigi, kiranya ramai juga doktor yang terpaksa bertugas awal pagi termasuk Syafiqah, Darren dan Hafiz.

Mereka memberikan rawatan kepada pesakit sehingga masuk waktu subuh, Aaira dan Syafiqah meminta diri untuk solat di surau hospital aras 3

"Huarghhh mengantuk laaa" Syafiqah menguap sambil menutup mulut, dia berniat untuk lelap sekejap selepas solat tapi dia batalkan niatnya kerana ada lagi pesakit yang masih dalam pemantauan.

Dia melihat Aaira sedang melipat sejadah dan pergi ke cermin untuk merapikan rambutnya, mana taknya semua bangun dalam keadaan tergesa gesa awal pagi tadi.

Syafiqah datang dengan muka mamai dan jelas nampak yang dia baru bangun tidur tapi lepas nampak ramai yang cedera tadi terus matanya segar bugar

"kau dah siap belum Iqa, leka tengok aku kenapa" Aaira hairan bila melihat sahabatnya termenung memandangnya

"tak adalah, aku teringat macam mana kita datang pagi tadi, betul betul muka semua orang baru bangun tidur, jalan serupa macam zombie masa masuk hospital tadi" cerita Syafiqah

"tula adoii aii bila ingat balik lawak pula" Aaira tergelak

"ehh... dah la jom gerak balik, ada lagi doktor perempuan yang tak solat subuh tu" ajak Syafiqah

"haah, jom la " tersedar keterlanjuran mereka yang leka berbual, mereka terus bangun dan keluar dari surau hospital untuk kembali ke wad yang menempatkan mangsa kebakaran.











"AKHIRNYA balik juga kita semua" Syafiqah mendepangkan tangan, petang itu semasa dia bersama Aaira, Hafiz dan Darren keluar dari hospital selepas punch card

"itu la dari pukul 4 pagi tadi kita semua dekat hospital, balik nanti aku nak terus tidur" Darren sudah terbayang bayang katil di rumahnya.

Aaira dan Hafiz hanya menjadi pendengar, mereka juga penat tapi dah biasa, bukan tak pernah mereka menjadi doktor on call pada sebelah malam.

cuma biasanya, malam tak banyak kes dan tak perlu duduk di wad, mereka akan berehat di bilik bertugas, jika ada apa apa kecemasan, jururawat yang bertugas akan maklumkan pada mereka.

Sampai sahaja di tempat letak kereta untuk kakitangan hospital, Hafiz bersuara

"okay lah korang jumpa esok, aku balik dulu" kata Hafiz, kemudian mereka berempat sempat membalas lambaian sebelum berpecah menuju ke kereta masing masing.












Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now