CLH 38

23.8K 1.1K 150
                                    


SEDAR tak sedar tinggal dua hari sahaja lagi sebelum Aaira dan Luth diijab kabul,
s

emua persiapan mereka hampir 100% siap.

Debaran makin terasa di hati Aaira, sudah agak lama dia tak berjumpa Luth sampai beberapa bulan lepas, tunangnya balik dari sabah pun dia tak dapat nak melawat.

Datin Haisya melarangnya untuk pergi, katanya darah manis dantak elok kalau orang pandang tapi betul juga kata mamanya jadi Aaira akur, dia hanya mampu berbalas mesej dengan Luth untuk bertanya khabar

"bakal pengatin baru menungkan apa? Teringat dekat abang Luth ke" usik Syafiqah bila melihat Aaira asyik termenung di ruang tamu padahal orang lain semua sibuk ke hulu ke hilir membuat persiapan

"kau ni terperanjat aku" marah Aaira.

Syafiqah tergelak, dia dah sebati bila melihat muka Aaira yang merah menahan marah

"chill la, kau ni kasi chance aku nak bergurau gurau dengan kau sebelum kau kahwin" Aaira memberi jelingan tajam pada Syafiqah

"apa apa jela kau ni" akhirnya Aaira mengalah, malas dia nak layan perangai Syafiqah yang tiga suku

"alololo... jangan lah merajuk, aku nak manja manja dengan kau" Syafiqah memeluk Aaira kemudian dia buat muka comel

"aku tak merajuk, mana boleh aku merajuk kau kan antara orang yang banyak berjasa dalam majlis aku" Aaira membalas pelukan Syafiqah, ini lah sahabat dunia akhiratnya.

"kau dah tak merajuk kan? Sekarang jom ikut aku" Syafiqah menarik tangan Aaira

"nak pergi mana ni?"  Aaira pelik namun dia hanya akur bila Syafiqah menarik tangannya

"suprise" Syafiqah tersenyum suka dia membawa Aaira naik ke tingkat atas dan mereka berhenti betul betul di hadapan pintu bilik Aaira

"tutup mata kau dulu" Syafiqah memberi arahan

"dah kenapa pula nak tutup mata ni?" apa pula yang Syafiqah sorokkan dalam bilik dia, harta karun ke?

"tutup jela kau ni banyak bunyi pula" marah Syafiqah

"okay okay" malas nak bertengkar, Aaira mengikut arahan Syafiqah

"jangan curi curi tengok" Syafiqah memberi amaran.

Aaira mengangguk tanda faham.

Aaira terasa bahunya dipegang oleh Syafiqah dan dia berjalan menuju ke depan, dirinya di pusingkan ke kanan oleh Syafiqah

"okay kau dah boleh buka mata" Aaira perlahan lahan membuka mata,
dia terkejut campur sebak apabila melihat biliknya yang sudah dihias cantik oleh Syafiqah sendiri.

Memang Syafiqah ada menawarkan diri untuk mendekorasi bilik pengantin tanpa bantuan orang lain, tapi Aaira tak sangka yang Syafiqah akan buat luar daripada apa yang dia bayangkan, bilik ini nampak cantik dan sempurna

"kau asal emo pula ni" tegur Syafiqah bila dia perasan air mata mengalir di pipi Aaira

"aku tak sangka kau buat semua ni sorang diri, mesti kau penat kan, tula aku dah kata nak tolong tapi kau tak bagi" Aaira menangis sambil menyedut hingus

"bukan susah sangat kalau dah tahu apa yang kena buat, kau ni takkan la aku nak suruh bakal pengantin tolong aku hiaskan bilik dia sendiri" Syafiqah menyenggol bahu Aaira.

Aaira mula ketawa

"thank Iqa, aku terharu campur gembira" ucap Aaira ikhlas

"sama sama, aku sayang kau tau babe" dengar saja perkataan sayang keluar dari mulut Syafiqah, makin deras air mata Aaira

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now