CLH 3

32.1K 1.3K 46
                                    


sempadan Thailand

"MACAM mana keadaan dekat sana sekarang?" tanya captain Luth Haiyyan semasa mereka dalam perjalanan menuju ke kampung berkenaan

"buat masa ni penjahat penjahat tu dah berundur tuan tapi kami yakin mereka akan datang semula" kata leftenan Kamal

"kita semua kena bersiap sedia kalau kalau penjahat tu datang balik. macam mana dengan penduduk kampung di sana? ada yang tercedera ke?" tanya captain Luth Haiyyan lagi

"ya tuan nampaknya macam tula, berkenaan penduduk kampung, ramai juga yang cedera tuan sampai kena panggil doctor backup dari kuala lumpur datang untuk tolong rawat pesakit pesakit dekat sini" terang leftenan Kamal

"mereka yang tercedera ditempatkan di mana sekarang?" celah captain Arshad Shah yang merupakan sahabat baik Luth Haiyyan

dia juga turut serta dalam operasi ini.

"ada dua buah tempat satu di klinik di dalam kawasan kampung dan satu lagi di rumah ketua kampung sebab tak boleh nak tampung semua pesakit dalam satu tempat tuan" terang leftenan Kamal

"okay jom kita gerak ke sana saya nak jumpa ketua kampung dan tentera lain nak bincang strategi kita" kata Luth Haiyyan kepada anak anak buahnya

sampai sahaja di sana mereka terus berjumpa dengan ketua kampung yang duduk berdekatan dengan kawasan di mana tempat doktor doktor merawat penduduk penduduk yang cedera.

Luth membincangkan sesuatu dengan ketua kampung itu dalam bahasa inggeris dan seorang tentera yang fasih berbahasa inggeris menerangkan kepada ketua kampung dalam bahasa thailand sebagai wakil pengalih bahasa.

Selesai sahaja berbincang kesemua tentera termasuk tentera thailand berkumpul di salah sebuah rumah yang berhampiran dengan tempat ketua kampung dan penduduk yang terselamat

"I decide to divide us all into several groups to take care of the four corners of the village and also some places, so let's make a group" kata captain Luth Haiyyan

mereka semua dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjaga kawasan kampung ini, empat orang tentera akan berada dalam satu kumpulan

selepas membahagikan tempat terus masing masing menuju ke tempat yang diarahkan oleh Luth

Luth dan tiga lagi ahli kumpulannya iaitu leftenan Ziyad dan dua orang leftenan muda dari thailand yang bernama Jirayu dan Sathapong bergerak menuju ke tempat mereka





SELESAI sahaja Aaira dan Syafiqah solat maghrib, mereka terus memeriksa pesakit untuk memastikan mereka semua dalam kondisi yang baik.

selepas itu Aaira,Syafiqah, Hafiz, Darren dan Sathit terus turun untuk makan di rumah sebelah yang dijadikan dewan makan untuk mereka semua menjamu selera,

semasa mengambil makanan, beberapa orang tentera sedang membungkus makanan.

Mungkin mereka bungkus dan makan di tempat yang mereka sedang berkawal,tak mahu semua sekali pergi mengambil makanan sebagai langkah berjaga jaga jika apa apa berlaku

"Aaira kau tengok lah abang abang tentera ni, nak amik makanan pon muka celoreng, takkan tak solat tadi" Syafiqah membuat andaian sendiri, yela nak kata tentera dari Thailand, lengan baju celoreng mereka berlambangkan bendera Malaysia

"ehh kau ni tak baik lah fikir macam tu diaorang kan tentera jadi kenalah sorokkan identiti dari orang awam kalau tak habislah, tak boleh buat penyamaran dekat luar nanti. Mesti lepas solat diaorang pakai balik benda tu dekat muka" Aaira cuba untuk mengubah perspektif buruk yang ada pada Syafiqah

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now