CLH 41

23.6K 909 45
                                    


SETELAH berbincang bersama Luth dengan berbaki 5 hari cuti, mereka membuat keputusan untuk berbulan madu di langkawi. Seperti yang dijanjikan oleh dato Harith percutian mereka akan ditaja sepenuhnya oleh papanya

"Aaira ada nampak tak baju kemeja hitam saya?" mereka sedang mengemas pakaian untuk ke Langkawi pada hari esok

"ada dekat dalam wardrobe, semalam saya lipat lepastu tak perasan baju awak termasuk sekali dekat bahagian pakaian saya" jawab Aaira

"finally, saya dah siap kemaa baju" Aaira menolak luggage bag ke tepi meja solek.

Kakinya melangkah untuk melihat keadaan luggage bag Luth yang terletak di atas katil, Aaira kagum dengan suaminya pandai berdikari, baju yang ingin di bawa ke Langkawi sudah berada dalam beg dengan susunan yang sangat teratur

"kenapa tengok beg saya, Aaira ada nak tumpang baju ke?" biasa lah perempuan, mana cukup satu beg kalau nak pergi bercuti

"tak ada lah saya saja nak tengok beg awak, pandai awak kemas patut la tak nak saya tolong, rupanya awak punya baju lagi tersusun daripada baju saya" puji Aaira

"Aaira terasa ke?" Luth datang ke arah isterinya dan duduk di sebelah Aaira

"tak lah saya puji sikap awak, mana ada saya terasa" takkan la pasal tak dapat susun baju dia nak terasa, come on ini Aaira la

"lega saya dengar ,ingat Aaira terasa, saya memang dah biasa kemas baju sendiri, sejak jadi anggota tentera saya banyak belajar berdikari dekat sana sampai saya dah terbiasa" kata Luth, di sana semua kena buat sendiri tak ada sesiapa yang berbesar hati untuk memberi pertolongan.

Selama dia duduk di kem daripada tak reti guna mesin basuh sekarang dia dah mahir dengannya, dulu dia tak tahu masak sekarang dia boleh memasak, semua dia belajar sendiri

"alhamdullilah untung saya dapat suami yang rajin dan tahu berdikari tapi apa salahnya kalau nak manja manja, saya boleh tolong kemaskan" Aaira mengusap lembut pipi Luth sambil tersenyum

"yela nanti kalau saya nak manja manja saya minta tolong Aaira ya" Luth membalas senyuman sang isteri, dia memegang tangan Aaira dipipinya lalu di bawa ke bibirnya, dia mencium tangan wanita yang sudah sah menjadi isterinya

"ish awak ni sempat lagi kan nak mengusik saya, tak apa lah saya nak turun tolong mama buat minum petang nanti dah siap kemas baju jangan lupa turun" malu Aaira bila Luth mencium tangannya, daripada Luth tangkap mukanya yang bertukar warna, lebih baik dia turun ke bawah

"okay nanti dah siap kemas saya turun" Luth sambung mengemas baju selepas Aaira meninggalkan bilik














SELEPAS menaiki penerbangan ke Langkawi selama 1 jam 10 minit, akhirnya mereka sampai ke salah satu destinasi yang menarik perhatian pelancong dari dalam dan luar negara. Negeri Kedah darul aman

"ya allah cantiknya pemandangan dekat luar ni" ucap Aaira kagum selepas mereka berdua sampai ke hotel yang ditempah oleh dato Harith, betul betul tepat pada waktu mereka boleh check in , pukul 2 petang

"bila kita nak jalan jalan dekat tepi pantai Luth?" Aaira masuk ke dalam semula selepas puas menikmati pemandangan di balkoni bilik mereka

"sekejap lagi boleh tak? saya tiba tiba mengantuk pula" Luth sudah terbaring di atas katil.

Baru Aaira teringat di dalam kapal terbang tadi hanya dia sahaja yang tidur beralaskan bahu Luth, lelaki itu sibuk membaca buku fiksyen berbahasa inggeris

"okay awak tidur lah saya nak ke bilik air sekejap" Aaira berlalu ke bilik air untuk mencuci muka.

Dalam tak sedar Aaira juga turut terlena di sebelah Luth selepas mencuci muka, dia ingatkan nak tengok Luth tidur tapi lama lama matanya turut terlelap sama.

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now