CLH 46 (NV)

23K 1K 36
                                    

"MACAM mana dengan permohonan Aaira?" soal Luth melalui panggilan telefon. Dia ketika ini baru selesai solat maghrib dan mendapat panggilan telefon dari Aaira

"doktorn Zainal kata dia akan tolong saya, tapi awak tahu kan proses dia akan ambil masa yang lama sikit" Luth jatuhkan kepala

"saya tahu, tak apa sayang lagipun bukan saya nak suruh Aaira pindah esok" alhamdullilah dia lega dengar apa yang Aaira katakan

"saya nak tanya awak sikit boleh?" Luth tersenyum mendengar soalan Aaira

"tanya la" sementara menunggu Aaira menyoal dia berbaring di atas katil

"masa awal perkahwinan kita, awak kata yang kita akan ulang alik setiap weekend. Awak kata awak tak kisah janji kita jumpa, tapi sekarang kenapa awak tiba tiba berubah fikiran?" dia ingat lagi sewaktu mama menyoal mereka sewaktu sarapan pagi selepas sehari mereka menikah

"pertama sekali saya tak nak Aaira fikir bukan bukan, saya suruh Aaira pindah ke sini sebab saya fikir takkan kita nak ulang alik, Aaira ke sini saya ke sana sampai bila bila, macam mana nanti kalau Aaira mengandung, saya tak nak Aaira alami fasa hamil tanpa saya yang hanya akan ada dengan Aaira dua hari seminggu" mendengar jawapan Luth buat Aaira tersenyum senyum

"saya nak kita sama sama hadapi bahtera rumah tangga, saya risau juga keselamatan Aaira kalau memandu ke sini" aduhai Luth kenapa awak tak keluarkan ayat ayat manis awak waktu kita bersemuka, dalam telefon ni dia hanya dapat bayangkan wajah Luth sewaktu menuturkan ayat itu.

Aaira dah angau dengan suaminya, lambat lagi ke hari jumaat, dia nak peluk peluk tubuh tegap captain Luth Haiyyan nya

"Aaira..."panggilan Luth buat Aaira tersedar

"ya" jawabnya

"saya ingat Aaira dah tidur, Aaira dengar tak apa yang saya cakap" aduh Luth buat jiwanya terseksa"

"Luth, kita videocall nak?" tanpa menunggu jawapan Luth Aaira pantas menukar ke panggilan video.

Tak sampai sesaat Luth mengangkat.

Aaira kini melihat wajah suaminya, Luth memakai t shirt biru tua, rambut suaminya masih basah, aduhhh seksi betul penampilan suaminya malam ini

"Aaira" Luth jelas melihat Aaira merenungnya seperti sebuah pencuci mulut, cuma nasib baik air liur wanita itu tidak meleleh

"heheh...sorry saya berangan pula" ucap Aaira malu. Luth hanya tersenyum seraya menggeleng

"Aaira rindu saya ke?" 

"gila tak rindu suami saya ni" ketawa Luth melihat memek muka Aaira

"suami saya dah makan?" soal Aaira

"alhamdullilah, dah. Saya makan maggi goreng dekat kedai mamak sebelum balik tadi dengan Arshad" alahai kesiannya suami dia ni

"tak apa nanti saya dah pindah sana, hari hari saya masak untuk awak" Luth tersenyum mendengar.

Leka mereka berbual, azan isyak berkumandang di surau yang berada di dalam kem

"okay la Aaira, saya nak solat isyak. Aaira jangan tidur lambat pula" pesan Luth

"inshaallah, assalamualaikum, jaga diri. Kalau ada perempuan mengirat awak dekat sana tunjuk je cincin kahwin kita" sempat lagi Aaira bergurau

"ada ada je isteri saya ni" 

"ehh saya tak main main tau, saya risau awak dekat sana sorang sorang lepastu nanti ada pula pelatih perempuan mengorat awak, saya tak suka tau" bebel Aaira

"ya...isteri kesayangan saya, jangan risau. Saya takkan pandang perempuan lain, isteri saya saja yang mampu buat jiwa saya bergetar, jantung saya berdegup laju" lihat saja pandangan redup yang Luth berikan padanya buatkan Aaira malu.

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now