CLH 44

22.9K 947 58
                                    


"KAU nampak lain hari ni" Arshad tersengih sengih melihat wajah Luth, ada la tu idea nak kenakan dia

"lain macam mana?" Luth malas malas menyoal

"masih nampak seri pengantin baru" pandangan Arshad padanya buat dia seram sejuk, tak tahu nak tafsirkan macam mana tapi mereka seolah olah sedang bercinta.

"boleh tak kau jangan pandang aku macam tengah angau, seram" ketawa Arshad meledak

"eh, apa pula cakap macam tu, aku straight" apa lain macam ke dia pandang Luth tadi

"tapi betul la Luth rata rata dalam kem hari ni cakap muka kau nampak berseri seri" Arshad segera menukar topik tapi lebih tepat dia nak sampaikan apa yang telinganya dengar di pejabat tadi

"siapa yang cakap?"  Luth kurang percaya, entah entah Arshad saja nak kenakan dia

"kakitangan dalam pejabat bergossip masa kau masuk pagi tadi" sejak bila agaknya Arshad Shah pandai pasang telinga dengar orang bergosip ni.

Lama sangat agaknya dia bercuti sampai Arshad dah masuk group membawang.

Belum sempat Luth mahu membalas, telefonnya berbunyi

"wife dah call" usik Arshad yang kebetulan dia melihat pemanggilnya 'Sayang👰💙'

Luth merapatkan jari telunjuk ke bibir, cepat cepat dia mengambil telefon dan masuk ke bilik

"untung lah dah ada isteri" Arshad menelan perasaan sendiri melihat sahabat sendiri dah ada pasangan yang halal.

Dalam dia mengelamun. Mengenang nasib, bunyi notifikasi buatkan wajahnya serta merta bertukar ceria, tersengih sengih dia membalas whatsapp dari Syafiqah















PUAS hati Aaira bila dapat melepaskan rindu pada Luth, dia tersenyum senyum sendiri, dah macam orang angau

"tersenyum senyum, ni mesti baru lepas telefon Luth" memang tepat tekaan datin Haisya, bila melihat bibir anaknya tersipu sipu menggariskan senyum

"haah ma baru lepas call dia tadi, dia kirim salam pada mama dan papa. Nanti mama tolong sampaikan pada papa ya" kemunculam mama memang tepat, dia terus menyampaikan salam Luth

"waalaikumsalam, dia macam mana kerja, okay?"

"okay je ma"

"mama gembira tengok Aaira sekarang, kalau tidak susah hati mama bila tengok Aaira banyak termenung lepas balik dari thailand" Aaira merasa serba salah, dia akui waktu itu hatinya kecewa kerana pemergian Luth  tanpa pamitan, nasib baik Allah menemukan mereka semula.

Lari la jauh mana, kalau dah namanya jodoh pasti akan bertemu pada waktu yang tepat

"maaf kan Aaira, ma. Inshaallah Aaira takkan buat mama susah hati lagi" dia menuju ke arah datin Haisya yang berada di muka pintu dan memeluk wanita itu

"inshallah dari gaya Luth, mama tahu dia boleh bahagiakan anak mama ni" datin Haisya membalas pelukan Aaira















"MAJLIS aku dengan Luth dah selesai, jadi kau dengan Arshad bila?" baru berkesempatan dia nak berbual soal hubungan mereka berdua.

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang