CLH 50 (NV)

25.4K 973 102
                                    


"LUTH!" Aaira mengigau memanggil nama Luth 

"Aaira" Syafiqah menggoyang perlahan bahu wanita itu, berpeluh dahinya. Entah apa yang sahabatnya mimpi sehingga dua ke tiga kali nama Luth meniti di bibir pucat itu

"Aaira, bagun" sekali lagi dia mengejutkan Aaira.

Aaira mendengar suara Syafiqah, matanya terbuka luas, tubuhnya serta merta bangun, peluh di dahi tidak di hiraukan. Matanya mencari wajah Syafiqah

"Iqa" lengan sahabatnya di genggam kuat

"mana Luth, Iqa. Suami aku mana?" wajah Aaira panik buatkan Syafiqah tak tentu arah

"cuba bawa bertenang Aaira" pujuk Syafiqah

"suami aku mana!" kali ini Aaira meninggikan suaranya

"suami kau ada sebelah kau" Syafiqah memuncungkan mulutnya, pantas kepala Aaira menoleh, wajah tenang Luth di pandangan dengan mata yang sayu. Dia ingin turun dari katil namun kepalanya pusing, nasib baik tubuhnya sempat di paut Syafiqah

"Aaira, kau tahu tak sekarang yang kau tu mengandung" tanpa kiasan Syafiqah mengucapkannya. Riak terkejut Aaira pamerkan

"kau jangan main main, aku tak ada mood nak bergurau sekarang" Aaira seolah olah tak percaya dengan berita yang baru sampai pada gegendang telinganya

"aku pun tak ada masa nak main main dengan kau, kau" sarkastik balasan Syafiqah

"kau mengandung Aaira, dah empat minggu" Syafiqah menunjukkan angka empat menggunakan jari

Aaira menekup mulut, matanya berair. Tak sangka dalam keadaan Luth sekarang,  Allah tiupkan roh di dalam rahimnya untuk setidak tidaknya mengubat sedikit luka di hati

"Iqa tolong bawa aku pergi dekat Luth" Syafiqah memimpin tangan Aaira, sampai sahaja pada Luth, wajah suaminya di usap lembut

"duduk Aaira" Syafiqah membawa sebuah kerusi, Aaira melabuhkan punggung

"macam mana keadaan Luth, Iqa?" 

"macam kau tengok kaki Luth cedera tertusuk dengan batu tajam, dia hilang banyak darah tadi tapi Alhamdullilah keadaan dia dah stabil, cuma pernafasan dia bawah 95 peratus sebab tu Darren on medical oxygen. Suami kau kuat, Aaira.  Arshad cerita macam Luth selamatkan seorang budak lelaki terperangkap dalam bangunan sekolah, walaupun kaki dia dah cedera tapi dia masih bertahan sampailah anggota penyelamat berjaya selamatkan mereka berdua" pedih mata Aaira mendengar

"kau temankan la Luth, aku nak tegok Darren kejap" sebaik sahaja Syafiqah berlalu, perhatian Aaira beralih pada Luth

"awak memang the unsung hero, saya bangga dengan awak dan saya tahu awak tak menyesal dengan apa yang awak buat" rambut Luth di belai, sebak dia bila melihat wajah suaminya, bibir mereka sama sama pucat

"baby pun mesti bangga dengan ayah dia" perutnya yang masih kempis di usap

"awak tahu tak saya marah awak sebab datang sini tak bagitahu saya, tapi sekarang saya dah tak marah" hingus yang hampir meleleh di tarik, dia tersenyum seraya mengenggam tangan suami kesayangannya

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now