CLH 2

36.7K 1.5K 67
                                    

TIBA sahaja mereka di tingkat paling atas yang di panggil helipad, dua buah helikopter tentera sudah menanti mereka

"wahhh korang cuba tengok kita naik helikopter tentera lah" bersinar sinar mata Syafiqah menunjukkan betapa terujanya dia sebaik sahaja melihat pengangkutan udara yang bakal mereka naik

"aku tahu la kau teruja tapi tutup sikit mulut kau tu" Aaira mengatupkan mulut sahabatnya.

Dua orang anggota tentera turun dari helikopter berlainan, mereka menuju ke arah empat orang doktor muda yang segak menyarung white coat di tubuh masing masing.

Salah seorang dari mereka bersuara "ini sahaja kan doktor yang bertugas?"

"ya, kami sahaja tuan" jawab Darren selaku wakil

"baiklah kalau macam tu doktor Darren dan doktor Hafiz boleh ikut saya. Doktor Aaira dan doktor Syafiqah boleh ikut rakan saya di sebelah ini" tanda nama yang tersemat di dada kiri masing masing buatkan tentera itu tahu nama setiap dari mereka

"baiklah terima kasih tuan Irwan" ucap Aaira, dia juga tidak melepaskan peluang melihat tanda nama dua orang anggota tentera yang gagah berdiri di hadapan mereka.

Alat keselamatan di pasang sebelum dua buah helikopter itu terbang menuju ke lokasi












"KALIAN semua sudah sedia maklum yang sempadan Malaysia Thailand telah diserang oleh sekumpulan penjahat yang mahu merampas kampung di pendalaman sana"  kata Mejar Kamal kepada anak anak buahnya

"ya tuan"  jawab mereka serentak

"kamu semua akan dihantar ke sana untuk lindungi penduduk kampung dan jangan biarkan kampung itu terlepas di tangan mereka"  tegas Mejar Kamal memberi arahan

"baik tuan"  penuh bersemangat suara mereka

"tugas ini akan saya serahkan pada kapten Luth Haiyyan selaku ketua bagi operasi kali ini. Saya harap kapten Luth boleh jalankan tanggungjawab dan bimbing anak anak buah kapten dengan baik" pesan Mejar Kamal

"Insyallah tuan, saya akan jalankan amanah yang diberi dengan baik" jawab Luth Haiyyan dengan yakin

"kamu semua boleh bergerak, helikopter dah menanti untuk ke sana"  tanpa banyak bicara mereka terus bergerak sambil mengangkat beg masing masing, tak lupa juga senapang.

Mereka menuju ke kawasan lapang dimana beberapa biji helikopter sedang menunggu mereka.

Setelah semua anggota bersedia, helikopter itu terbang ke udara membawa anggota tentera darat ke sempadan Malaysia Thailand


AAIRA dan yang lain akhirnya tiba di lokasi berkenaan, ketibaan mereka di sambut oleh beberapa orang tentera yang akan mengiring pergerakan mereka ke kampung berkenaan.

Sebaik sahaja mereka semua turun dari helikopter, terus beberapa orang anggota tentera datang mendekati mereka

"jom kita bergerak sekarang, keadaan di sana sudah beransur tenang tapi kami yakin penjahat penjahat itu akan datang semula"  kata salah seorang tentera

"baiklah jom"  kata doktor Hafiz.

Mereka berempat berada di tengah tengah anggota tentera yang menjaga di bahagian depan dan belakang,
suasana agak tenang sepanjang perjalan tanpa sebarang gangguan buatkan perjalanan mereka mudah dan lancar.

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now