CLH 22

20.9K 974 52
                                    


SELEPAS Syafiqah pergi keadaan menjadi lebih janggal.

Tiba tiba telefon Aaira berbunyi menandakan notifikasi dari whatsapp masuk, dia membuka mesej dari Syafiqah

Syafiqah🌈🌼

•goodluck aku saja bagi chance

•aishh aku janggal lagi lah dengan dia


•kau ni gunakan peluang yang aku bagi kalau tak sia sia je usaha aku dengan captain Arshad

•what!? Arshad pun terbabit sama, baik plan korang kan


•biasa je btw goodluck, aku start kerja dulu✌


Aaira meninggalkan bluetick pada mesej itu, dia menyimpan semula telefonnya ke dalam beg tangan.

Sudah separuh makanan yang tinggal dalam pinggan Aaira tapi saja dia berhenti, nak tunggu makanan Luth sampai,baru dia sambung makan, nampak tak sopan pula bila dia makan tak tunggu Luth, dah lah dia tumpang lelaki tu balik nanti.

Luth melihat Aaira berhenti makan "kenapa tak makan? tak sedap ke?"

"ehh tak lah saya tunggu makanan awak sampai, boleh lah kita makan sama sama nanti" jawab Aaira sambil tersenyum

"tak apa kalau awak lapar makan lah dulu, tak payah tunggu saya" Aaira hanya balas dengan senyuman tapi dia masih belum sentuh lagi makanannya sehingga makanan Luth sampai, dia hanya diam bila Luth membaca doa, yela takkan dia nak baca lagi sekali pula.

Lepas Aaira tengok Luth suap makanan ke dalam mulut barulah dia buat perkara yang sama, mereka makan dalam keadaan tenang, Aaira tak berani pula nak bercakap dengan Luth time makan, takut lelaki itu rasa terganggu.

Tapi kalau dengan Syafiqah memang mereka bantai berbual time makan kadang sampai tersembut sembur makanan dari mulut lagi lagi bila Syafiqah buat lawak waktu makanan masih di dalam mulut, memang Aaira tak boleh tahan.

Aaira selesai makan dulu kerana makanannya tadi tinggal separuh, dia mengelap mulut dengan tisu yang ada di atas meja, sambil menunggu Luth selesai makan dia mengeluarkan telefon dan membuka aplikasi instagram , ramai juga artis yang baru mendirikan rumah tangga, yang mengandung pun ramai.

Aaira juga mahu merasai semua itu, dia memandang Luth, calon dah ada depan mata tapi nak ke lelaki itu dengannya.

Luth terima ke kekurangan dirinya yang tidak bertudung, dari sudut pandangannya Luth ni orang beragama.

Mana Aaira tahu? dari captain Arshad Shah, dia sempat minta Syafiqah tanya Arshad, Luth ni jenis lelaki yang macam mana dan salah satunya ialah Luth orang yang beragama maksudnya dia selalu pergi masjid di dalam kem dan selalu imamkan solat di masjid.

Aaira rasa dirinya kecil pula, yela memang dia laksanakan solat 5 waktu yang diwajibkan tapi dia mempunyai satu sifat iaitu malas nak pergi masjid atau surau, kalau mama atau papa ajak pergi ke sana untuk dengar ceramah mesti dia akan bagi alasan dia penat kerana baru balik dari kerja tapi bila datang mood rajin, dia sendiri yang akan bersiap dan mengikut mama dan papa ke masjid di taman perumahan mereka.

"Aaira" panggilan Luth buat Aaira tersedar

"ya kenapa" jawab Aaira

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)حيث تعيش القصص. اكتشف الآن