CLH 54 (NV)

26.5K 1K 160
                                    

DENGAN sekali lafaz Syafiqah kini sah bergelar isteri kepada Arshad

"tahniah babe, selamat pengantin baru, semoga bertabah berjauhan dengan suami sementara tunggu permohonan pertukaran hospital" Syafiqah memuncung, ada sahaja idea mak buyung ini nak menyakat

"elehh, tahu la awak tu dah tak pjj dengan husband. Berlagak ya puan Aaira" Aaira memeluk lengan Luth, mereka tertawa

"nampaknya tinggal la kita berdua nanti dekat hospital, dah la sama sama single. Nanti Syafiqah pula ikut suami dia" Darren memeluk bahu Hafiz

"eleh Darren cakap je lebih, kau ingat aku dengan Aaira tak tahu yang kau tengah berkenalan dengan pegawai farmasi dekat tingkat 1" Aaira terangguk angguk, Syafiqah ada cerita Darren ada mengajak pegawai farmasi itu keluar makan tengah hari

"alaaa, itu baru nak kenal kenal, kalau ada jodoh kahwin la. Aku ada azam. Selagi Hafiz tak kahwin, aku takkan kahwin. Kan Fiz" Darren mengangkat  kening pada Hafiz

"sembang je Darren ni, haritu keluar lunch dengan amoi tu pun dia tinggalkan aku makan dekat hospital sorang sorang" pantas tangan Darren menekup mulut Hafiz

"kau ni jangan la kasi kantoi" mereka berempat ketawa melihat gelagat Darren.










MALAM itu, selepas sahaja solat isyak berjemaah. Aaira terus baring di atas peha Luth

"buka la telekung tu dulu kalau nak baring" tegur Luth, dia mengusap kepala Aaira yang masih bertelekung

"tak nak, saya nak dengar abang baca al quran, dah lama tak dengar  abang baca al Quran" kata Aaira kerana Luth akan membaca al Quran sebelum subuh, sewaktu dia masih lena di ulit mimpi.

Nasib baik sebelum Aaira baring di atas pehanya, Luth dah mengambil al Quran. 
Dia membuka naskah al Quran itu dan mencari surah maryam. Kata orang surah maryan bagus untuk ibu mengandung.

Luth mula dengan bacaan bismillah dan membaca surah itu, Aaira mendengar dan menghayati bacaan Luth. Bagusnya Luth kerana dia menterjemahkan pada Aaira setiap baris ayat yang terkandung dalam surah maryam.

Selepas 2 ke 3 surah, dalam dia tak sedar Aaira telah pun tidur berbantalkan pehanya. Dalam beberapa minit selepas dia selesai membaca al Quran, Luth memandang ke bawah untuk melihat Aaira.

Baru dia perasan yang Aaira sudah masuk ke alam mimpi. Dengan penuh cermat dia menangkat Aaira dan meletakkan isterinya di atas katil.

Luth duduk di sisi Aaira dan mengusap usap kepala isterinya, dalam diam dia berdoa moga suatu hari nanti Aaira akan terbuka hati untuk bertudung.

Dia tak pernah menyuarakan perihal ini pada Aaira kerana dia mahu Aaira sendiri yang tergerak hati untuk memakainya tanpa paksaan.

Lagipun perkara seperti ini memerlukan masa, tak boleh di lakukan secara tiba tiba, takut nanti timbul rasa menyesal atau rasa tak ikhlas bila berubah secara drastik











"HELLO pengantin baru, amacam seronok tak dapat satu minggu cuti honeymoon" usik Aaira

"waalaikumusalam, gila tak best, aku rasa macam nak berhenti bila dapat cuti panjang macam ni" Aaira mencebikkan bibir tanda menyampah

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now