CLH 14

22.5K 1.1K 44
                                    

SAMPAI sahaja di luar rumah, Aaira terus menekan loceng yang berada di sebelah kirinya,

pintu pagar rumah itu mula terbuka.

Mereka lihat kak Lana sedang memakai selipar dan melambai ke arah mereka

"Aaira lama tak jumpa" sapa kak Lana lalu dia bersalam dan memeluk Aaira

"ye lama tak jumpa kak, akak sihat?" Aaira menanya khabar

"alhamdulillah sihat" Lana tersenyum kemudian dia memandang Syafiqah

"lupa nak kenalkan ni kawan Aaira doktor juga nama dia Syafiqah" mereka mula bersalam dan berlaga pipi,

bagi Aaira kak Lana memang ramah tengok lah orang yang baru pertama kali jumpa dia dah siap laga pipi, inikan pula dia. Baru jumpa 2 kali dah kena peluk

"jom la masuk takkan nak berborak dekat sini" Lana menjemput dua orang gadis itu masuk ke dalam rumahnya

"wahh cantiknya rumah akak, siapa yang design ni?" Syafiqah memerhati konsep rumah ini simple but nice

"rumah ni akak dengan suami akak yang decide untuk design sama sama" jawab Lana, dia tersenyum melihat Syafiqah yang agak leka memerhati rekaan rumahnya

"akak sorang je ke kat rumah?" tanya Aaira

"haah, suami akak keluar dengan kawan lepastu anak pula dekat rumah nenek belah suami akak" jawab Lana yang sibuk menyusun pinggan di meja makan.

Aaira yang melihat turut membantu walaupon di tegah oleh Lana

"ouhh akak dah ada anak?" Aaira agak terkejut kerana sebelum ini tak pernah pula dia nampak Lana bawa anaknya ke hospital

"haah sorang, umur dah masuk 6 tahun kejap lagi balik lah tu" Lana melihat jam dinding di ruang makan hanpir ke pukul 12.30

"ouhh... kalau macam tu kita tunggu dulu la anak akak balik baru kita makan" cadang Aaira

"boleh juga, Aaira dengan Syafiqah okay ke nak tunggu anak akak balik, mana tahu dah lapar"

"kitaorang okay je tunggu anak akak" pantas Syafiqah menjawab tak nak susahkan Lana, makan sekali saja lebih senang nanti tak ada lah susah susah Lana nak simpan lauk.

Lana hanya balas dengan anggukan.

Dalam mereka leka berbual ada suara kanak kanak menjerit dari luar rumah

"umi akif dah balik!" terus mereka memandang ke arah pintu untuk melihat wajah Akif, anak kepada kak Lana.

Akif membuka kasutnya, dia terus masuk dan memeluk uminya

"dah balik ye sayang,tak nampak ke ada tetamu datang, pergi salam dengan kakak kakak cantik tu" Akif menurut kata uminya

dia datang ke arah Syafiqah dan mencium tangan kakak cantik yang uminya sebut tadi

"eeee comelnya Akif ni" Syafiqah rasa macam nak cubit cubit saja pipi anak kak Lana ni.

Akif tersenyum malu bila dia dipuji sebegitu "terima kasih akak" kata Akif malu malu.

Captain Luth Haiyyan (NEW VERSION)Where stories live. Discover now